Jurulatih wushu ganggu anak murid secara seksual didakwa esok

KAJANG – Seorang jurulatih wushu akan didakwa esok pagi di Mahkamah Sesyen Putrajaya atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap budak perempuan berusia 13 tahun.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd. Zaid Hassan berkata, lelaki berusia 31 tahun itu akan didakwa dengan 10 pertuduhan atas kesalahan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Satu pertuduhan di bawah Seksyen 16(1) akta yang sama atas kesalahan orang yang mempunyai hubungan amanah iaitu jurulatih telah melakukan kesalahan seksual terhadap mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Zaid memaklumkan sebelum ini, pengadu yang merupakan bapa kepada mangsa mendakwa kanak-kanak itu telah diganggu secara seksual oleh jurulatih wushu terbabit di rumah suspek pada 11 Februari sehingga 19 Februari lalu.

Terdahulu, akhbar melaporkan mangsa yang ketakutan diugut supaya berdiam diri, namun telah mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada 10 Mei lalu.

Susulan itu, sepasukan polis dari Cawangan D7, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang berjaya menahan suspek pada pukul 7.50 malam keesokan hari.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker