Reputasi SPRM jatuh selepas PH lantik Latheefa Koya sebagai ketua persuruhjaya – Bekas Ketua Hakim Negara

Seorang bekas ketua hakim negara mendakwa, kejatuhan reputasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bermula selepas kerajaan melantik “ahli politik aktif” menjadi ketuanya.

Kata Mohamed Raus Sharif kebebasan dan sikap tidak berpihak SPRM tidak lagi dapat dipertahankan apabila wujud campur tangan politik di dalamnya.

“Kebebasan dan integriti SPRM harus sentiasa dipertahankan dan dipelihara. Dan pegawai SPRM mesti menjalankan tugas mereka tanpa rasa takut. Paling penting, ia bebas daripada campur tangan politik.

“Malangnya, peristiwa dalam empat tahun kebelakangan ini sedikit sebanyak menimbulkan keraguan terhadap kebebasan SPRM. Ia bermula dengan pelantikan ahli politik aktif sebagai ketua pesuruhjaya SPRM,” katanya pada satu majlis forum di Putrajaya hari ini.

Tambah Mohamed Raus pelantikan itu dianggap menyedihkan dan membawa kepada persepsi meluas bahawa apa sahaja tindakan yang diambil atau dilakukan dalam tempoh itu adalah bermotifkan politik.

Untuk rekod SPRM memang menjadi antara agensi yang selalu dikritik pembangkang kerana dianggap memihak kepada kerajaan terutama apabila pelbagai kes berprofil tinggi dilihat gagal ditangani dengan sepatutnya.

Apabila Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU ke-14 pada 2018, kerajaan melantik peguam Latheefa Koya sebagai ketua pesuruhjaya SPRM tidak lama kemudian.

Latheefa – yang pernah aktif bersama PKR – kemudian meletak jawatan sejurus selepas kerajaan PH dijatuhkan di luar pilihan raya apabila sejumlah ahli parlimen berpaling tadah dan Bersatu pula meninggalkan gabungan tersebut.

Mohamed Raus – yang turut terpalit dengan kontroversi berkait pelantikannya sebagai ketua hakim negara di bawah kerajaan BN – menambah tidak menghairankan apabila SPRM menerima kesan negatif daripada pelantikan tersebut.

“Nasib baik, tempoh jawatan ketua SPRM, ketua pesuruhjaya SPRM itu tidak bertahan lama,” tambahnya.

Justeru kata Mohamed Raus ketua pesuruhjaya SPRM sekarang – merujuk kepada Azam Baki – mesti memulihkan kepercayaan dan keyakinan orang ramai terhadap agensi tersebut.

“Walaupun ini tidak boleh dilakukan dalam sekelip mata, saya memohon anda semua yang hadir hari ini untuk bekerjasama menyumbang kemahiran dan kepakaran anda dan menghulurkan tangan dalam membuat – meminjam kata-kata Donald Trump: menjadikan SPRM hebat semula,” katanya.

Dia juga menegaskan walaupun penting SPRM untuk bersikap terbuka kepada kritikan, namun kenyataan keras dan “tidak wajar” melemahkan badan itu dalam melaksanakan tugasnya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Warga emas cedera dipukul penunggang motosikal [VIDEO]

Hakim Arief Emran Dah Tarik Diri, Hakim Nazlan Pula Bagaimana?

Ustaz Abdul Somad diusir dari Singapura

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker