Ayam ‘pencen’ kurang sambutan

KUANTAN: Ayam tua atau ayam ‘pencen’ dijual peniaga di sini sebagai pilihan kepada ayam standard yang terjejas bekalannya sejak beberapa hari lalu, tidak begitu mendapat sambutan pengguna.

Peniaga ayam, Muhammad Amirul Assifa Zam, 23, dia biasaya menempat 200 hingga 300 ayam segar untuk dijual setiap hari, namun sejak dua minggu lalu bekalan semakin berkurangan dan ada ketikanya dia langsung tidak mendapat bekalan.

“Contohnya hari ini saya tidak mendapat jumlah ayam seperti ditempah berbanding semalam, hanya 20 ekor diterima. Sebagai peniaga, saya harap masalah ini diselesaikan segera. Biarpun turut menjual ikan dan daging, permintaan ayam memang tinggi dan menjadi sumber pendapatan utama saya.

“Saya turut menjual ayam `pencen’, tetapi permintaannya kurang berbanding ayam segar yang sememangnya ada permintaan tinggi setiap hari,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Bagi suri rumah, Khalmisah Awaluddin, 66 disebabkan ketiadaan ayam segar, dia terpaksa membeli ayam `pencen’ dan berharap masalah bekalan ayam segar berakhir dalam tempoh terdekat.

Tinjauan di sebuah pasar raya di sini mendapati tiada ayam segar dijual pada sebelah pagi dan difahamkan hanya dijual pada petang, tetapi dalam kuantiti yang sedikit berbanding biasa.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker