Ismail Sabri arahkan mesyuarat kabinet diawalkan bincang kos sara hidup, bekalan makanan

Mesyuarat Kabinet akan diawalkan ke esok (23 Mei) bagi membincangkan isu peningkatan kos sara hidup dan penawaran bahan makanan, kata Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail berkata Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) serta Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi), masing-masing akan membentangkan laporan berkaitan isu itu, termasuk perancangan jangka pendek dan panjang mengatasinya.

“Jadi esok, Isnin, saya panggil mesyuarat kabinet untuk melihat khusus dari segi bagaimana kita hendak mengimbangi kenaikan harga barang yang mendadak ini dan saya minta KPDNHEP untuk membentangkannya.



“Begitu juga dengan makanan, bekalan makanan termasuk ayam, Mafi perlu membentangkannya,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu di Wisma Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Kuala Lumpur hari ini.

Ismail berkata kos sara hidup yang dijangka akan meningkat adalah fenomena global, antaranya berikutan konflik Rusia-Ukraine serta pandemik Covid-19 sebelum ini yang turut menjejaskan pengeluaran bahan dan hasil makanan.

Sementara itu perdana menteri berkata selain permit import (AP) untuk bahan makanan, kerajaan juga sedang mengkaji pemansuhan AP lain bagi mengurangkan tekanan kekurangan barangan lain.

“Kita harap apabila AP dihapuskan, sekurang-kurangnya ia boleh mengurangkan tekanan kita dari segi kekurangan bekalan barangan, dan mungkin banyak pihak yang terlibat boleh mengurangkan harga tetapi perlu kita tunggu kesannya,” katanya.



Rabu lepas, Ismail Sabri memaklumkan bahawa kerajaan memutuskan untuk memansuhkan AP bagi bahan makanan dan ia berkuatkuasa serta-merta.

-Bernama

Ismail Sabri arahkan mesyuarat kabinet diawalkan bincang kos sara hidup, bekalan makanan

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi



Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker