Pelajar 14 Tahun Maut Langgar Belakang Treler

Pelajar 14 Tahun Maut Langgar Belakang Treler

TELUK INTAN: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 7, Jalan Changkat Jong, di sini, pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, mangsa merupakan pelajar Tingkatan Dua disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 1.35 petang itu.



Menurutnya, siasatan mendapati penunggang motosikal dan pemandu treler dari arah Teluk Intan menghala ke Bidor.

“Apabila sampai di tempat kejadian, treler yang dipandu lelaki berusia 48 tahun itu hendak masuk simpang ke kiri.

“Tiba-tiba mangsa yang menunggang motosikal tidak sempat mengelak lalu terlanggar belakang treler.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di tempat kejadian,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-SH



Pelajar 14 Tahun Maut Langgar Belakang Treler

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker