Tumbuhan menyerupai alat sulit lelaki digilai wanita Kemboja

Tumbuhan periuk kera yang berbentuk seperti alat sulit lelaki ini sering menjadi mangsa dipetik orang ramai yang tertarik dengan keunikannya. – Daily Star

PHNOM PENH – Kementerian Alam Sekitar Kemboja mengeluarkan amaran bertulis kepada penduduk agar berhenti memetik tumbuhan berbentuk menyerupai alat  sulit lelaki yang tumbuh di negara itu kerana ia hampir pupus, lapor akhbar Daily Star UK, semalam.

Bentuk tumbuhan yang menyerupai organ  lelaki itu terlalu menarik perhatian orang ramai sehingga mereka sering memetik, bergambar dan membuangnya begitu sahaja.

“Apa yang anda lakukan adalah salah dan ia tidak sepatutnya dilakukan pada masa hadapan,” tulis amaran rasmi kementerian berkenaan di Facebook.

Dikenali secara rasmi sebagai Nepenthes bokorensis, tumbuhan itu mempunyai persamaan ketara dengan organ manusia.

Ia mempunyai tiub panjang berlubang yang digunakan untuk memerangkap serangga.

Bahagian atas tumbuhan itu melengkung, menjadikannya hampir mustahil bagi pepijat yang terperangkap untuk melepaskan diri.

Ia juga dikenali sebagai salah satu jenis tumbuhan periuk kera kerana memikat serangga melalui nektar yang berbau harum. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


DJ Dave Menyanyikan Lagu Raya Untuk Pandalela Di Hanoi

Farahdhiya tayang paha sebaik habis Ramadan

Gambar MK K-Clique berkahwin cetus huru-hara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker