Kumpulan Ahmadiyah nafi terlibat himpunan pro-LGBT, agama Ahmadi

Kumpulan yang dikenali sebagai Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia menafikan terlibat himpunan demonstrasi pro-LGBT di Kuala Lumpur hujung bulan lalu, dan menegaskan tiada kaitan dengan kumpulan Ahmadi Religion of Peace and Light.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan itu merujuk kepada klip video di Youtube yang bertajuk ‘Rupanya Group Pelangi Sogo tu Ahmadiyyah’.

“Pihak Jamaat Ahmadiyah Muslim Malaysia ingin menegaskan bahawa kami tidak terlibat dengan perhimpunan yang berlaku dan tidak bersangkut paut dengan kumpulan Ahmadi Religion of Peace and Light,” katanya.



Mereka juga berkata klip video Youtube berkenaan sudah dipadam selepas berhubung dengan pemilik akaun berkenaan.

Tular di media sosial sebelum ini video memaparkan sekumpulan lelaki berhimpun di hadapan pusat beli belah Sogo dengan membawa sepanduk berkaitan LGBT dan ajaran agama Ahmadi.

Kumpulan itu memegang sepanduk antaranya bertulis “No one has the right to judge anyone but god” (Tiada sesiapa berhak untuk menghakimi selain Tuhan) dan “Gay people are not criminals, Being gay is not a crime” (Gay bukan penjenayah, menjadi gay bukan jenayah).

Terdapat juga sepanduk dipegang bertulis Ahmadi Religion of Peace and Light diangkat pada himpunan itu.



Susulan itu, pada 31 Julai, polis dilaporkan menahan lapan individu untuk direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan kecil 1955 dan Seksyen 9 (5) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Untuk rekod, ajaran Ahmadiyah diasaskan Mirza Ghulam Ahmad pada 1889 di India dan telah difatwakan ‘sesat’ oleh pihak berkuasa agama negeri Selangor pada 1998.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Jangan ajari seorang isteri sabar – Status Irma Hasmie cetus persoalan

Adibah perlu tuntut harta sepencarian 28 tahun berkahwin – Netizen



Saya redha diceraikan Rosland

“Wow geram tengok, rasa nak tarik masuk dalam toilet”, Peja nafikan



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker