Pemuda PAS gesa kelab malam ditutup mulai 12 tengah malam
Pemuda PAS gesa kelab malam ditutup mulai 12 tengah malam
Pemuda PAS menggesa masa operasi kelab malam dan pub diminimumkan dengan menutup semua premis berkenaan bermula daripada pukul 12 tengah malam.
Ini selepas Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) membenarkan pembukaan semula premis terbabit setelah operasinya dihentikan selama dua tahun akibat perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi mengekang Covid-19.
“Bagaimanapun, pihak MKN dan KPKT perlu bersegera bersikap rasional dalam membuat keputusan terhadap pembukaan kelab-kelab malam ini beroperasi dengan pengawalan yang lebih ketat yang perlu dikenakan terhadap pusat-pusat hiburan.
“Sehubungan dengan itu, Pemuda PAS bercadang bagi pihak MKN, KPKT dan PBT untuk memberikan pantauan dan kawalan terhadap operasi pembukaan pusat hiburan kelab-kelab malam dan pub.
“Antaranya masa beroperasi perlu diminimumkan dengan menutup semua kelab malam dan pub bermula dari jam 12 tengah malam,” kata ketua penerangan PAS, Nazir Helmi dalam satu kenyataan.
Selain itu Nazir juga menggesa kelab malam tidak dibuka di kawasan bukan tumpuan pelancong dan di kawasan perumahan yang majoritinya Melayu Islam.
Dia juga meminta pihak berkuasa melakukan penguatkuasaan terhadap kelab malam haram yang beroperasi tanpa lesen dan yang melanggar peraturan serta tidak membenarkan orang Islam memasuki premis tersebut.
Pada 27 April lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin memaklumkan kelab malam akan dibenarkan dibuka semula mulai 15 Mei ini apabila Kementerian Kesihatan menarik balik senarai aktiviti dilarang akibat wabak Covid-19.
Dia berkata satu set protokol keselamatan baru dirangka untuk memastikan keselamatan pengunjung ke premis tersebut. Mk
Pemuda PAS gesa kelab malam ditutup mulai 12 tengah malam
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Waze punya pasal terpaksa terokai hutan
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
You must be logged in to post a comment.