62 haiwan ternakan di Jawa Barat positif penyakit kuku dan mulut

JAKARTA – Perkhidmatan Keselamatan Makanan dan Ternakan (DKPP) Jawa Barat mengesan beberapa kes di mana sebilangan haiwan ternakan menghidap penyakit kuku dan mulut (FMD) selepas mendapatkan sampel di beberapa kawasan, lapor laman berita Merdeka semalam.

Persampelan itu dijalankan pada 7 Mei lalu selepas menerima laporan berkenaan haiwan yang disyaki dijangkiti FMD.

Langkah tersebut juga merupakan sebahagian daripada tindak balas segera selepas laporan penemuan beberapa ekor haiwan yang dijangkiti FMD di Jawa Timur pada beberapa hari sebelumnya.

Ketua DKPP Jawa Barat, Moh Arifin Soedjayana berkata, apabila terdapat maklumat mengenai haiwan dijangkiti FMD di Jawa Timur, pihaknya berhubung dengan perkhidmatan penternakan di daerah kota untuk meningkatkan kewaspadaan. Ia juga mengambil langkah segera dengan membentuk pasukan unit tindak balas pantas FMD.

“Sejumlah sampel telah disahkan 100 peratus positif FMD,’’ kata beliau.

Secara terperinci, di Garut, 25 ekor lembu daging, tiga lembu tenusu dan lima kambing biri-biri disahkan positif FMD. Tasikmalaya pula merekodkan 18 ekor lembu positif FMD dengan 11 ekor yang lain di Kota Banjar.

Oleh yang demikian, jumlah keseluruhan haiwan dijangkiti FMD di Jawa Barat adalah sebanyak 62 ekor.

Moh Arifin juga berharap orang ramai kekal bertenang dengan kes jangkitan tersebut kerana FMD tidak boleh menjangkiti manusia.

Kata beliau, daging haiwan positif FMD masih boleh dimakan jika dimasak dengan betul. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker