10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
SEBUT sahaja Menora, pasti ramai akan teringat terowong yang terletak di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) ini.
Setiap kali memandu ke utara tanah air, kita pasti akan melalui Terowong Menora. Suasana sekeliling yang menghijau mempesonakan, saujana mata memandang.
Namun awas, terowong yang terletak di Banjaran Keledang, Perak ini juga ‘hot spot’ kemalangan yang menyumbang kes kemalangan maut.
Menurut statistik Kementerian Pengangkutan, sebanyak 564 kes kemalangan jalan raya dicatatkan di terowong berkenaan sepanjang tahun 2018. Daripada jumlah itu, tujuh daripadanya adalah kemalangan maut yang membabitkan 11 nyawa terkorban.
Diongsikan 10 info menarik yang perlu anda ketahui mengenai ‘laluan panas’ ini.
1-Terowong Menora telah dirasmikan pada 24 September 1987, oleh sultan Perak ketika itu , Almarhum Sultan Azlan Muhibuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusuf Izzuddin Ghafarullahu-lahu Shah sekali gus semasa pembukaan lebuh raya Ipoh ke Changkat Jering.
2.PROJEK LEBUH RAYA YANG SEPANJANG 55 KILOMETER ITU MENELAN BELANJA KOS SEBANYAK RM360 JUTA DAN MERUPAKAN LEBUH RAYA KEDUA DIKENAKAN BAYARAN TOL DI PERAK SELEPAS LEBUH RAYA SLIM RIVER KE TANJUNG MALIM.
3-Setelah 35 tahun beroperasi, pembinaannya memberi manfaat kepada pengguna lebuh raya dengan memendekkan perjalanan dari utara ke selatan sejauh 30 kilometer.
4- Terowong Menora sepanjang 880 meter dan 830 meter. Ada juga pendapat yang mengatakan terowong yang digunakan dari utara ke selatan dinamakan Meru Tunnel. manakala dari arah selatan ke utara pula dinamakan Menora Tunnel. Namun kedua-duanya dipanggil Terowong Menora.
5-WALAUPUN IA SEBELAH MENYEBELAH, KEDUA-DUA TEROWONG TERSEBUT TIDAK SAMA JARAKNYA KERANA SUDUT POTONGAN PINTU MASUK, KELUAR DAN SELEKOH YANG BERBEZA.
6-Oleh kerana terowong ini berada di Banjaran Keledang, keadaan laluan lebuh raya di bawah agak curam dan berselekoh tajam untuk kedua-dua belah arah utara dan selatan.
7-Memetik Orang Perak, lebuh raya berkenaan juga digelar sebagai jajaran maut kerana statistik kemalangan maut yang kerap berlaku di sana sepanjang tahun. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar sentiasa menggunakan gear rendah semasa menuruni selepas melepasi terowong di lebuh raya tersebut.
8-Banyak kenderaan berat seperti lori dan bas tersasar atau terbabas hingga ke kaunter tol di Plaza Tol Ipoh. Ia dipanggil jajaran maut kerana brek bas dan lori tiba-tiba tidak berfungsi dan hilang kawalan.
9-Terowong Menora tidak dapat lari dari pelbagai cerita-cerita mistik, kisah misteri dan cerita seram. Ada yang mengaitkan dengan makhluk halus, Volkswagen kuning dan skuter putih. Cerita mitos yang tersebar dari mulut ke mulut itu bagaimanapun tidak dapat dipastikan kesahihannya.
10-Difahamkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan kerjasama PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menambah kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (AWAS) berhampiran Terowong Menora dalam usaha meminimumkan kadar kemalangan.
Walaupun pelbagai usaha dilakukan, saban tahun kes kemalangan maut tetap berlaku di sana.
Terbaru, lima mangsa kemalangan rentung di Kilometer 245.2 Lebuhraya Utara Selatan arah utara berhampiran terowong berkenaan.
Video kejadian menyayat hati itu tular di laman sosial menunjukkan api kebakaran marak diikuti beberapa letupan.
Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, pemandu kereta, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, penumpang hadapan, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, masing-masing duduk di bahagian belakang.
Mangsa dikenal pasti pelajar Universiti Sultan Azlan Shah yang mana dua daripada mangsa merupakan pelajar diploma manakala tiga lagi adalah pelajar ijazah sarjana muda.
Dalam kejadian kira-kira 12.52 malam itu semua mangsa terperangkap selepas berlaku kebakaran.
Treler yang membawa muatan besi terbabit turut mengalami kebakaran 90 peratus. Bagaimanapun, pemandunya selamat.
Diharapkan kita berhati-hati semasa melalui ‘lokasi panas’ di Lebuh Raya Utara Selatan ini. Sentiasa menguji brek kenderaan, elakkan memotong dan memecut.
ANEKDOT
Terowong lebuh raya pertama negara ialah Terowong Genting Sempah berukuran 900 meter yang dibuka secara rasmi pada 1979.
Terowong jalan raya terpanjang di Malaysia ialah Terowong Pengurusan Air Banjir dan Jalan Raya (SMART) iaitu sepanjang 9.7 kilometer.
SPlus
10 fakta Terowong Menora, jajaran maut di Banjaran Keledang
Baca Artikel Menarik:
- Bank Negara tidak iktiraf kripto, bitcoin atau ethereum
- Suntik darah dalam makanan di pasar raya
- 5 mangsa rentung berhampiran Terowong Menora disahkan pelajar USAS
- Janda Baik ‘dihentam’ kepala air
- PRU15: BN atau PKR jadi pilihan?
- Kencing manis, darah tinggi tidak layak tunai haji
- Nasrudin tawar ‘formula penyatuan ummah’
- Pelajar IPT cedera ditumbuk, ditendang dan disamun
- Sudah pandu mabuk, cuba rasuah polis pula
- Kem terjun negara bolot lapan pingat emas
- Pemandu Myvi putih pandu secara bahaya ditahan
- Pelanggan kedai temui ulat dalam sambal
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu
Assalam admin, ada pembetulan, kemalangan yang berlaku melibatkan pelajar USAS bukan berlaku ataupun berdekatan dengan terowong menora. Km 245.2 terletak sangat jauh dari terowong ini. Kemalangan ini lebih TEPAT berlaku selepas RnR sungai Perak, selepas jambatan kecil yang di bawahnya menghubungkan kuala kangsar-manong. Ataupun 5km susur keluar ke Kuala Kangsar.
Kemalangan ini pun berlaku di laluan lurus dan jalan landai, tidak curam seperti yang digambarkan. Harap maklum.