Eco-Shop bakal naik harga RM2.40 berperingkat 1 Jun?

Eco-Shop bakal naik harga RM2.40 berperingkat 1 Jun?

MUNGKIN ramai di antara kita memilih untuk membeli barang keperluan di kedai harga jimat yang menawarkan harga RM2.

Eco Shop antara lokasi membeli belah pilihan ramai lantaran harganya yang mudah. Bukan sahaja menawarkan barangan pada harga serendah RM2.20, pelbagai jenis produk dijual membuatkan kita rambang mata.

Bagaimanapun kedai popular itu khabarnya bakal menaikkan harga baharu RM2.40. Menerusi sekeping gambar yang tular di laman sosial, notis perubahan harga dipamerkan di salah sebuah cawangan di Subang Jaya.

“Kami memaklumkan bahawa mulai 1 Jun 2022, harga bagi setiap barangan di Eco-Shop akan ditukar daripada RM2.20 kepada RM2.40 disebabkan faktor peningkatan kos.

“Dengan itu, kerja-kerja perubahan harga di semua platform akan dilakukan secara berperingkat,” katanya.

TIADA PENGUMUMAN RASMI DILAKUKAN PIHAK ECO-SHOP DI LAMAN SOSIAL RASMINYA BERHUBUNG PERUBAHAN HARGA BERKENAAN.

Penularan foto berkenaan mendapat pelbagai reaksi daripada peminat tegar kedai popular itu.

Perkongsian harga baharu yang tular menerusi laman sosial itu menjadi bualan netizen yang rata-ratanya meluahkan keluhan kenaikan harga. Kebanyakannya mengaitkan gaji minimum RM1,500 yang dikuatkuasakan kerajaan 1 Mei lalu sebagai salah satu punca.

– “Semua pun naik, bilalah gaji nak naik.”

– “Gaji minimum naik RM1,500.”

– “Hyperinflasi sudah bermula.”

– “Mencabar betul hidup zaman sekarang. Kedai yang dulu mampu semua orang membeli sekarang dah nak sama mahal macam kedai-kedai lain.”

– “Kenaikan gaji minimum mungkin menyebabkan harga barang makin naik.”

Terdahulu, Eco Shop Malaysia menaikkan harga barangan kepada RM2.20 di Semenanjung Malaysia dan RM2.30 hingga RM2.40 bagi Sabah, Sarawak dan Langkawi bermula 1 Disember 2021.

Eco-Shop bakal naik harga RM2.40 berperingkat 1 Jun?


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Waze punya pasal terpaksa terokai hutan

Tony Fernandes dan Kamarudin terima gaji lebih RM14j tahun lalu

Baby Shima kena kecam lagi goyang pinggul

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker