Mayat Warga Thailand Ditemui Terapung Dan Tersangkut Celah Batu

Mayat Warga Thailand Ditemui Terapung Dan Tersangkut Celah Batu

GOMBAK: Mayat seorang lelaki warga Thailand ditemui terapung dan tersangkut di celah batu di Sungai Batu 13, Kilometer (KM) 24, Jalan Lama Gombak di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihak polis menerima laporan berkenaan penemuan mayat lelaki berusia 31 tahun berkenaan pada jam 3.02 petang.

Menurutnya, identiti mangsa disahkan oleh adiknya yang tinggal bersama keluarga mereka di sebuah rumah yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi mangsa ditemui.
“Hasil pemeriksaan fizikal pada badan mangsa terdapat kesan lebam pada dahi sebelah kanan, lebam di bahagian luaran kulit kelopak mata kiri dan kesan calar di bahagian belakang badan.

“Tiada sebarang kesan kecederaan luka di tubuh badan si mati.

“Siasatan setakat ini, dipercayai mangsa telah terjatuh atau tergelincir ke dalam sungai berdasarkan luka-luka yang dialami,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, mangsa kali terakhir ditemui oleh ahli keluarganya sekitar jam 2 pagi pada Isnin selepas makan dan bersiap untuk tidur di kediaman mereka.

Katanya, siasatan yang dijalankan Unit Forensik di rumah tersebut mendapati tiada sebarang tanda-tanda yang mencurigakan.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat. Sehingga kini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sehingga hasil bedah siasat diketahui,” katanya.-SH

Mayat Warga Thailand Ditemui Terapung Dan Tersangkut Celah Batu

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pemandu bawah umur, pemilik MPV langgar mati dikena tindakan berat

Sakit hati tengok Maria Farida terlalu lawa

Muda didesak jelaskan kes manipulasi saham penny stock

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker