Polis Kesan Suspek Samun Penyampai Berita Yang Cedera Diseret Myvi [VIDEO]

Polis Kesan Suspek Samun Penyampai Berita Yang Cedera Diseret Myvi [VIDEO]

Polis masih mengesan suspek kes samun penyampai berita yang menyebabkan mangsa cedera diseret di Damansara Perdana, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya kini sedang giat mengesan suspek.

“Kita dah kenal pasti (suspek) dan sedang kesan. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan cedera akibat diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, Khairul Rizuan, 34, mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.

Katanya, ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.

“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada di dalam kereta.

“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung kejadian itu.

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian memuat naik rakaman kamera papan pemuka di akaun Instagram dan Tiktok miliknya.

VIDEO DIBAWAH:-

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan mangsa cedera ringan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.

“Usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan,” katanya.-HM

Polis Kesan Suspek Samun Penyampai Berita Yang Cedera Diseret Myvi [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Bila Nak Kahwin? Jangan Sentap Kalau Ditanya Pasal Jodoh…Sini Ada Tips Tepis Soalan Camtu…

Hamid Gurkha kian uzur, badan tinggal tulang

Reedzwan Terkejut Kubur Ayah Hilang, Menangis Sedih Hanya Jumpa Batu Nisan Berlonggok [VIDEO]

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker