Pemuda khayal cederakan tuan rumah ketika tumpang tandas
Pemuda khayal cederakan tuan rumah ketika tumpang tandas
KOTA TINGGI: Seorang lelaki yang dipercayai berada dalam keadaan khayal menyerang dua penghuni rumah ketika dia menumpang untuk menggunakan tandas di kediaman itu di Felda Bukit Easter, pagi semalam.
Dalam kejadian pukul 8.30 pagi itu, suspek yang berusia 30 tahun itu pada awalnya singgah ke rumah berkenaan dan meminta air untuk diminum selain menyatakan mahu menumpang tandas bagi membuang air besar.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, pemilik rumah kemudian memberi kebenaran kepada lelaki itu untuk menggunakan kemudahan tandas, namun dia cuba memasuki salah sebuah bilik tidur ahli keluarga berkenaan.
“Ketika cuba menghalang perbuatan berkenaan, suspek bersikap agresif termasuk mencederakan dua penghuni rumah berkenaan dengan menggunakan parang dan berdasarkan siasatan awal tiada unsur samun.
“Siasatan juga mendapati suspek menggunakan parang milik pemilik rumah berkenaan ketika kejadian tersebut,” katanya di sini hari ini.
Kata Hussin, ekoran itu kedua-dua mangsa mengalami kecederaan ringan dan mendapatkan rawatan di bahagian pesakit luar di hospital berhampiran.
Tambahnya, suspek yang merupakan warga tempatan pula mengalami kecederaan apabila penduduk kampung mengambil tindakan sebelum diserahkan kepada polis.
Jelas beliau, suspek turut dirujuk ke hospital bagi mendapatkan rawatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan senjata tajam.
“Kami menasihati orang ramai supaya bertindak menghubungi balai polis berhampiran sekiranya ada individu tidak dikenali berlegar-legar di kawasan perumahan dan dalam keadaan mencurigakan serta dinasihatkan tidak bertindak sendiri dan mematuhi undang-undang ditetapkan,” katanya.
Terdahulu, tular gambar suspek yang diikat dan terdapat kesan darah yang tersebar di aplikasi WhatsApp dan Facebook susulan kejadian itu.
Mesej tular itu turut meminta orang ramai terutama warga peneroka yang terdiri daripada janda dan ibu tunggal yang tinggal berseorangan agar tidak terlalu baik menerima kunjungan orang tidak dikenali.
Menurut mesej berkenaan, cubaan samun bersenjata pedang itu berlaku di rumah peneroka di Felda Bukit Easter melibatkan dua mangsa yang cedera iaitu isteri dan anak peneroka terbabit. Utusan
Pemuda khayal cederakan tuan rumah ketika tumpang tandas
Baca Artikel Menarik:
- Fosil Cengkerang Berusia 66 juta Tahun, Rupanya…
- Pencemaran bau diesel: Premis terima perintah tahan operasi
- Mawi dibidas Pakar Buah Pinggang, kenyataan menipu dan menunggang agama
- Sherry Ibrahim berusaha untuk kahwin
- Pusat tahfiz impian Janna Nick bakal jadi kenyataan
- Kecacatan semula jadi sejak dalam kandungan ibu : Azizulhasni
- Lelaki ditahan larikan isteri orang, rempuh kereta polis
- Polis ‘jemput’ 2 remaja di rumah selepas pamer aksi ‘wheelie’, ‘scorpion’
- Penduduk arak kekasih berzina di bulan Ramadan
- Siapa pakai baju Melayu dengan sneakers gua rembat – Joe Flizzow
- Lelaki Dilaporkan Sesat Ditemui Mati Dalam Keadaan Terduduk
- Berputih Mata Baru Pandu ‘Supercar’ Bernilai RM3 Juta Terus Langgar Pokok
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah