Mayat terikat kaki dan tangan ditemukan di Sungai Golok

MAYAT lelaki ditemukan di Sungai Golok di Kampung Simpangan, Tumpat. – IHSAN PEMBACA

TUMPAT: Mayat seorang lelaki yang terikat kedua-dua tangan dan kaki dipercayai dibunuh ditemukan hanyut di Sungai Golok, berhampiran Kampung Simpangan, di sini, pagi ini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Tumpat, Superintenden Tan Seng Lee berkata, mayat lelaki terbabit ditemukan orang awam dalam keadaan terlungkup dalam air kira-kira pukul 7.25 pagi.



Katanya, lelaki terbabit yang belum dikenal pasti bangsanya ditemukan dalam keadaan kedua-dua tangan dan kaki diikat serta mukanya ditutup dengan kain.

“Hasil pemeriksaan terhadap mayat yang berusia antara 30 hingga 40-an ditemukan dalam keadaan bogel itu juga tiada kesan suntikan BCG. Melihat keadaan mayat itu, kita dapati dia berada di dalam air melebihi 24 jam,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Seng Lee berkata, pihaknya telah menemui penduduk di Thailand untuk siasatan namun setakat ini, tiada sebarang maklumat berhubung identiti mangsa termasuk tiada pengecaman daripada dua ketua kampung.

“Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Tumpat untuk bedah siasat. Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.



Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Asisten Superintenden Md. Sani Md. Saleh di talian 012-9216944. Utusan

Mayat terikat kaki dan tangan ditemukan di Sungai Golok


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




‘DINA’, ‘MIRA’ dan ‘J3H3’ disita

Misteri duit syiling timbul di permukaan tanah



Hilang ibu bapa berselang 12 jam di Aidilfitri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker