Kenapa tindakan main mercun hanya pada Aidilfitri?

Kenapa tindakan main mercun hanya pada Aidilfitri?

Umum mengetahui bahawa sekarang ini semua orang boleh membeli mercun. Malah sudah ada yang menjual secara terbuka.

Tetapi yang menjadi persoalan ya kenapa segala tindakan atau larangan hanya dikeluarkan ketika perayaan Aidilfitri?



Kenapa tiada larangan atau tindakan semasa perayaan Tahun Baru Cina?

Malah semasa Tahun Baru Cina, ada yang main mercun sampai pukul 3 pagi. Malah berhari-hari mercun dimainkan.

Kerajaan perlu mengharamkan sahaja pembakaran mercun ini. Sudah cukup rumah dan jalan di sekitar Taman perumahan menjadi kotor akibat daripada mercun yang dibakar.

Bertegaslah kerajaan. Jangan kerana undi mahu mengotorkan negara.



Berikut adalah berita yang dikeluarkan oleh FMT :

Individu yang bermain mercun melebihi jam 12 tengah malam boleh dikenakan tindakan undang-undang sekiranya jika mengganggu ketenteraman awam.

Setiausaha Polis, Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 13, Akta Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100.

Noorsiah berkata, bunga api merupakan suatu bahan letupan yang dikategorikan sebagai ‘dangerous good cargo’ (DGC) dan ‘hazard class division (HCD) 1.4g, sekiranya dimainkan secara berbahaya, ia boleh mendatangkan kecederaan.



“Individu yang ingin bermain bunga api atau mercun hendaklah membakarnya di kawasan lapang supaya tidak mengganggu ketenteraman awam dan mendatangkan kegusaran kepada penduduk setempat,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, tindakan tegas juga boleh diambil terhadap individu yang sengaja menyebabkan letupan atau menyimpan bahan letupan dengan niat menyebabkan bahaya kepada nyawa atau harta benda.

Menurutnya, mereka boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 7 Akta Bahan Letupan 1957 iaitu penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya.

Noorsiah juga menasihatkan orang ramai terutama ibu bapa supaya mengawasi anak masing-masing ketika bermain bunga api, bertanggungjawab serta mengamalkan langkah keselamatan semasa mengendalikan bunga api dalam mana-mana sambutan perayaan.



Kenapa tindakan main mercun hanya pada Aidilfitri?

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)



Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker