Padu kurang dapat sambutan rakyat

Mereka masih skeptikal daftar Padu

Padu kurang dapat sambutan rakyat

Skeptikal terhadap Sistem Pangkalan Data Utama (Padu) menjadi halangan terbesar kerajaan memandangkan sekitar 10% populasi mendaftar sejak ia diluncurkan pada 2 Jan, kata pakar.

Lim Chee Han, penyelidik dasar bagi badan tidak berkeuntungan Third World Network, berkata jumlah rendah pendaftaran bukan disebabkan kurangnya maklumat berkenaan Padu, namun cabaran adalah “memujuk” rakyat.

Walaupun ada usaha dilakukan menteri berkaitan dan media menyebar luas saranan mendaftar Padu, yang mana bertujuan membantu kerajaan dalam penyasaran subsidi, Lim berkata rakyat masih skeptikal berhubung inisiatif berkenaan.

“Ada mendakwa kerajaan sudah mempunyai maklumat mereka daripada lebih 400 agensi kerajaan dan kementerian, jadi mereka mempersoal keperluan memasukkan semula data mereka,” katanya kepada FMT.

Katanya, pendaftaran rendah di kawasan bandar memandangkan ia tidak diwajibkan. Tiada juga insentif bagi mereka yang mengetahui tidak layak menerima subsidi bersasar.

“Ini (kurang berminat) prevalen dalam kalangan individu dalam T20 dan ada juga M40,” katanya.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim meluncurkan Padu, pada 2 Jan, sambil menggalakkan rakyat mendaftar, menentusahkan maklumat, dan mengemukakan data terkini sosioekonomi.

Padu secara automatik menyenaraikan pangkalan data rakyat berdasarkan maklumat daripada pelbagai agensi kerajaan. Bagaimanapun, kerajaan menetapkan tarikh akhir pada 31 Mac bagi pendaftaran dan kemas kini maklumat dalam sistem itu.

Menurut Jabatan Statistik, hanya 3.08 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia yang didaftar secara automatik dalam sistem itu mendaftar dan menentusahkan perincian mereka, setakat 13 Feb.

Minggu lalu, Ketua Perangkawan Uzir Mahidin berkata, pendaftaran tertinggi direkodkan di Sarawak, Selangor, Johor, Perlis, dan Kelantan.

Lim berkata, Padu kekal menjadi kekangan terhadap mereka yang rendah penguasaan teknologi, terutama warga emas dalam proses e-KYC (Kenali Pelanggan Anda Menerusi Platform Digital).

Katanya, sebarang cubaan mengemas kini secara manual maklumat peribadi rakyat di kawasan luar bandar atau pedalaman secara berterusan menjadikannya tidak cekap dan tidak mampan.

Dalam pada itu, bekas timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Ong Kian Ming berkata Putrajaya tidak perlu menggunakan Padu dalam penyasaran subsidi, jika jumlah mendaftar rendah di bawah lima juta, menjelang tarikh akhir Mac.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan boleh terus menggunakan pangkalan data sedia ada termasuk diperoleh daripada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dari Kementerian Kewangan. FMT

Padu kurang dapat sambutan rakyat

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Che Ta naikkan elaun mekap Aaisyah RM250 seminggu

Beras Madani ini apa, Ameer Mydin bidas Syed Abu Hussin

Ali Puteh dah cukup duit bayar saman Hidayah

Kedai coli ‘perangkap’ orang alim

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker