Jambatan khas untuk monyet rentas masuk hutan

BRASILIA – Sekumpulan monyet yang dianggap hidupan liar terancam dan eksotik di Brazil kini lebih selamat dan selesa untuk merentasi lebuh raya yang sibuk selepas sebuah jambatan khas dibina oleh kerajaan Brazil.

Kemudahan itu akan membolehkan hidupan eksotik itu akses ke dalam hutan lebih luas dengan selamat tanpa risiko kemalangan.

Pembinaan jambatan khas itu dibuat selepas pegawai konservasi di Rio de Janeiro meluahkan kebimbangan mereka mengenai habitat monyet jenis golden lion tamarins.

Hutan Atlantik di Brazil adalah satu-satunya hutan liar di dunia.

Namun wujud ketakutan bahawa hidupan liar berkenaan berisolasi di dalam kawasan yang sangat terpencil tanpa penghijrahan.

Kini dengan pembinaan jambatan baharu itu, aktivis alam sekitar percaya penghijrahan spesis itu berlaku secara luas ke kawasan hutan lebih luas tanpa ancaman keselamatan.

Langkah itu juga menyusul selepas demam kuning yang menular pada 2018 mengakibatkan 32 peratus daripada jumlah populasi monyet berkenaan pupus.

Kini hanya tinggal sekitar 2,500 ekor monyet spesis berkenaan di dalam hutan.

Pakar-pakar spesis berusaha untuk meningkatkan populasi binatang tersebut.

Pengarah Eksekutif Projek Metapupulasi, Luis Paulo Marques Ferraz, berkata, projek itu bertujuan melindungi dan meningkatkan populasi spesis golden lion tamarins itu.

“Kita memerlukan perlindungan dalam bentuk hutan yang luas untuk spesis monyet itu, memandangkan 95 peratus habitat monyet berkenaan telah pupus di negara ini,” katanya. MG

Jambatan khas untuk monyet rentas masuk hutan


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker