MR D.I.Y. tawar hadiah bonanza



MR D.I.Y. tawar hadiah bonanza

NAMPAKNYA para pelanggan MR D.I.Y. bakal menikmati bonanza akhir tahun ini! Penjual barangan keperluan kegemaran Malaysia, MR D.I.Y. Group (M) Berhad (“MR D.I.Y”) akan membawa kegembiraan kepada para pembeli melalui peraduan “Belanja & Menang” di semua cawangan MR. D.I.Y., MR. D.I.Y. Express, MR. TOY dan MR. DOLLAR, yang menawarkan lebih 1,000 hadiah menarik.

Andy Chin, Naib Presiden Pemasaran, MR. D.I.Y. Group berkata syarikat tersebut ingin memberi ganjaran kepada para pelanggan setianya dan memberi mereka sesuatu untuk dinantikan menjelang akhir tahun ini.

Katanya, ia juga merupakan waktu yang sesuai untuk menambah stok barangan keperluan di samping berpeluang memenangi pelbagai hadiah hebat.

“Inilah kali pertama kami menggabungkan kesemua jenama kami dalam satu promosi menarik. Hujung tahun sememangnya waktu di mana semua orang sibuk membeli belah, menambah stok barangan keperluan untuk musim cuti dan perayaan.




“Selepas melalui beberapa bulan yang amat mencabar, kami merasakan ini peluang yang terbaik untuk menunjukkan tanda terima kasih atas sokongan para pelanggan yang berterusan dan menghargai kunjungan mereka ke cawangan-cawangan kami di seluruh negara,” tambah Chin.

Peraduan “Belanja & Menang” akan berlangsung selama lapan minggu berturut-turut bermula 1 November hingga 31 Disember 2021. Lebih 1,000 hadiah bernilai lebih daripada RM165,000 akan ditawarkan! Pemenang hadiah berikut akan diumumkan apabila peraduan berakhir:
● Hadiah Utama x 1: Vespa Primavera 150
● Hadiah Pertama x 2: Thermomix® TM6
● Hadiah Kedua x 3: iPhone 13 Pro (128GB)
● Hadiah Ketiga x 5: Kaserol Ketuhar Bulat Perancis Le Creuset (24cm)
● Hadiah Keempat x 8: iPad Generasi ke-9 (64GB)
● Hadiah Mingguan x 1,000: Baucar tunai RM100.00 MR. D.I.Y. dan/atau MR. DOLLAR 1
(125 pemenang setiap minggu)

Untuk mengambil bahagian dalam peraduan ini, pelanggan hanya perlu membelanjakan RM40 ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan MR. D.I.Y. atau MR. TOY atau di www.mrdiy.com.my.

Selain itu, mereka juga boleh mengambil bahagian dengan membelanjakan RM30 ke atas dalam satu resit di mana-mana cawangan MR. DOLLAR. Selepas membuat pembelian, mereka hanya perlu mengimbas kod QR atau melayari https://promo.mrdiy.com/my/belanja-menang untuk menjawab satu soalan mudah dan melengkapkan penyertaan mereka.

Peserta perlu menyimpan resit asal dan memastikan ia sepadan dengan penyertaan dalam talian sebagai bukti pembelian.




Butir-butir peraduan mingguan adalah seperti berikut:

a. Peraduan Minggu 1: 01 November 2021 – 12 November 2021;
b. Peraduan Minggu 2: 13 November 2021 – 19 November 2021;
c. Peraduan Minggu 3: 20 November 2021 – 26 November 2021;
d. Peraduan Minggu 4: 27 November 2021 – 03 Disember 2021;
e. Peraduan Minggu 5: 04 Disember 2021 – 10 Disember 2021;
f. Peraduan Minggu 6: 11 Disember 2021 – 17 Disember 2021;
g. Peraduan Minggu 7: 18 Disember 2021 – 24 Disember 2021;
h. Peraduan Minggu 8: 25 Disember 2021 – 31 Disember 2021.

Maklumat lanjut mengenai MR D.I.Y boleh didapati di www.mrdiy.com, platform e-dagang www.mrdiy.com.my, Facebook, dan Instagram. SM

MR D.I.Y. tawar hadiah bonanza


Baca Artikel Menarik :




Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)

Nora Danish kena kecam main buih



Leave a Reply

Your email address will not be published.