Perlukah kerajaan libat diri dalam perniagaan telekomunikasi – Tok Mat

Perlukah kerajaan libat diri dalam perniagaan telekomunikasi – Tok Mat

Mohamad Hasan mempertikai kewajaran sistem monopoli syarikat milik kerajaan, Digital Nasional Berhad (DNB) terhadap pelaksanaan rangkaian 5G di negara ini.

Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan berkata, sehingga kini kerajaan gagal menjelaskan rasional menggunakan model sistem Rangkaian Pemborong Tunggal (SWN) yang akan dijual kepada syarikat telekomunikasi.



“Sehingga kini, kerajaan gagal menjelaskan rasional menggunakan model ini. Apa kewajaran penubuhan DNB ini sebenarnya? Jika ia lebih efektif, jelaskan bagaimana ia akan lebih efektif dalam pelaksanaan jaringan 5G tanpa persaingan.

“Perlukah kerajaan melibatkan diri dalam perniagaan sehingga mewujudkan satu lagi syarikat berkepentingan kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Pada 10 Dis, Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz dalam catatan di media sosial menjelaskan, konsep berkenaan dikemukakan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dalam Laporan Akhir Peruntukan Jalur Spektrum untuk Perkhidmatan Jalur Lebar Mudah Alih, yang diterbitkan awal tahun ini.

Katanya, laporan itu mencadangkan supaya entiti tunggal dibentuk oleh sebuah konsortium 5G terdiri daripada syarikat telekomunikasi, berbanding menganugerahkan spektrum 5G secara individu.



Pada 1 Mac lalu, Tengku Zafrul berkata, Kementerian Kewangan mengumumkan penubuhan DNB sebagai pengendali SWN 5G yang berasaskan model pemulihan kos, berteraskan penawaran dan bukannya berdasarkan model keuntungan maksimum.

Mohamad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau turut mempersoalkan kelestarian model bagi membiayai operasi DNB yang mana projek 5G itu dijangka menelan belanja sehingga RM20 bilion dalam tempoh 10 tahun pelaksanaannya.

“Apalagi bila DNB mengumumkan pelancaran rangkaian 5G di seluruh negara menelan belanja sehingga RM20 Bilion selama 10 tahun dengan pendanaan melalui pinjaman bank dan penerbitan sukuk.

“Kenyataan yang mengatakan bahawa model pembiayaan yang dicadangkan tidak akan melibatkan jaminan kerajaan adalah janggal.”



“DNB adalah milik kerajaan. Pastinya sebarang risiko atas hutang dan keperluan kewangan operasinya akan secara langsung menjadi beban kerajaan,” katanya.

Tegas Mohamad, pemusatan kepada DNB sebagai penyedia akan menyebabkan risiko untuk “single point of failure” seperti yang berlaku pada rangkaian Starhub di Singapura, April lalu.

“Kerajaan pasti maklum bahawa model SWN terbukti gagal di negara seperti Mexico, Belarus, Rwanda, Kenya, Russia dan Afrika Selatan semasa implementasi rangkaian 4G.

“Keengganan negara-negara luar untuk mengikut model ini memberi petunjuk yang jelas berkenaan kelemahan model ini,” katanya.



Justeru, beliau berkata risiko yang diambil kerajaan memerlukan penjelasan yang konkrit kerana defisit keyakinan terhadap DNB dan model SWN nampaknya semakin jelas dan kerajaan mesti menanganinya.

DNB akan menjadi penerima tunggal spektrum 5G, terdiri daripada 700 megahertz (MHz), 3.5 gigahertz (GHz) dan 26/28GHz, bersama dengan lesen borong. FMT

Perlukah kerajaan libat diri dalam perniagaan telekomunikasi – Tok Mat

NOTA : Muhyiddin pula benar-benar pertahankan….ada apa-apa ke?




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)



Nora Danish kena kecam main buih

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker