Elaun RM110 bomba tidak setimpal beban, risiko kerja – CUEPACS


Elaun RM110 bomba tidak setimpal beban, risiko kerja – CUEPACS

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) mendesak kerajaan untuk mengkaji semua pemberian kadar elaun Bayaran Insentif Bomba (Elaun BIB) .

Pada masa ini anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menerima elaun BIIB sebanyak RM110 sebulan.

Presidennya Datuk Adnan Mat berkata, jumlah elaun BIB ini adalah tidak setimpal dengan bebanan dan risiko kerja anggota JBPM yang diarahkan bekerja 12 jam tanpa sebarang tuntutan bagi tugasan lebih masa.



Jumlah RM110 itu bersamaan dengan RM1.10 sejam untuk waktu operasi syif 12 jam dan hanya sekitar 80 sen setiap jam jika bertugas untuk syif 24 jam.

Oleh itu, sudah tiba masanya untuk kerajaan menjalankan kajian mengenai kadar elaun yang disediakan kepada anggota bomba yang mempertaruhkan nyawa mengharungi ancaman semasa memadamkan kebakaran dan juga bencana lain.

Namun disebabkan kajian berkenaan mungkin memakan masa lama, beliau menggesa kerajaan segera mempertimbangkan cadangan kenaikan itu dengan mengambil kira risiko tugas bomba ketika di lapangan.

Desakan beliau menyusul selepas beliau menzahirkan rasa dukacita dengan pemergian seorang anggota bomba yang terlibat dalam letupan ketika memadam kebakaran sebuah kilang di Segamat, Johor pada awal pagi tadi.



“CUEPACS berharap keluarga arwah tabah menghadapi dugaan tersebut dan berharap pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyalurkan bantuan termasuk daripada segi emosi dan mental.

“Begitulah risiko yang dihadapi oleh wira negara kita dalam memastikan kelancaran operasi menyelamat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengikut kronologi, Adnan menambah, elaun BIB yang diterima oleh anggota JBPM adalah RM27.50 pada tahun 90-an sebelum dinaikkan kepada RM90 pada tahun 2000 dan RM110 pada tahun 2007.

Jelas beliau, CUEPACS difahamkan sebelum ini JBPM sendiri telah memohon untuk menaikkan elaun BIB kepada anggota mereka namun sehingga kini ia masih belum diputuskan oleh kerajaan.



Justeru katanya, kadar elaun semasa yang diterima ini sangat kecil jika dikira pada masa ini dan perlukan pengkajian semula selepas 14 tahun.

“Anggota bomba juga merupakan barisan hadapan negara yang melakukan pengorbanan besar. Walaupun nilai pengorbanan tersebut tidak boleh disamakan dengan wang ringgit, ia perlulah setimpal dengan khidmat terutama mereka yang berkhidmat dalam bahagian operasi dan menyelamat.

“Peningkatan elaun perkhidmatan merupakan salah satu inisiatif yang boleh diberikan kerajaan bagi menghargai anggota JBPM selain memastikan segala peralatan yang diterima mematuhi piawaian keselamatan dan diselenggara dengan baik.

“Daripada segi justifikasinya, memang wajarlah apa yang diminta ini jika dibandingkan dengan risiko yang dihadapi,” ujarnya. MG



Elaun RM110 bomba tidak setimpal beban, risiko kerja – CUEPACS


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


MLM 2021 : Keputusan Markah Minggu 9 (Separuh Akhir)



Nora Danish kena kecam main buih



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker