Pasar raya sesak ‘diserbu’ pengunjung beli persiapan tergempar

Pasar raya sesak ‘diserbu’ pengunjung beli persiapan tergempar

Tidak sampai 30 minit pengumuman umat Islam bakal menyambut Aidilfitiri esok, pasar raya di negeri ini mulai sesak dengan orang ramai yang membuat persiapan akhir.

Kebanyakan mereka terkejut dengan pengumuman berkenaan bergegas ke pasar raya untuk membeli kelengkapan untuk persiapan juadah hari raya esok.

Tinjauan di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas mendapati hampir semua pasar raya sesak dikunjungi orang ramai kerana tidak menjangkakan esok akan menyambut Aidilfitri.

Pengunjung, Faridah Omar, 47, berkata dia terkejut mendengar pengumuman yang memaklumkan umat Islam di Malaysia bakal menyambut Aidilfitiri esok.

“Ini kerana segala persiapan akhir terutama membeli sayur-sayuran atau makanan sepatutnya dibeli di pasar esok, namun sebaliknya berlaku esok adalah Hari Raya.

“Saya terus bergegas ke Pasar Raya Pantai Timur untuk membeli barang untuk dimasak bagi juadah Aidilfitri esok.

“Keadaan di pasar raya juga sesak dengan semua orang terpaksa membuat persiapan akhir secara mengejut,” katanya ketika ditemui di sini.

Sementara itu, pengunjung, Fazliza Rahim, 32, berkata perancangan asal juadah Hari Raya pertama adalah laksa dan esok barulah dia cadang membeli kelengkapan untuk menu berkenaan.

“Namun memandangkan esok adalah Hari Raya, saya terpaksa menukar menu raya kepada mi kari dan terus bergegas ke pasar raya membeli kelengkapan.

“Mungkin tak sempat nak tidur malam ini memandangkan banyak benda perlu dilakukan termasuk mengemas rumah,” katanya. BH

Pasar raya sesak ‘diserbu’ pengunjung beli persiapan tergempar


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker