Jumlah kenderaan 'mudik Lebaran' di Indonesia tertinggi dalam sejarah — MYKMU.NET

Jumlah kenderaan ‘mudik Lebaran’ di Indonesia tertinggi dalam sejarah



Jumlah kenderaan ‘mudik Lebaran’ di Indonesia tertinggi dalam sejarah

JAKARTA: Jumlah kenderaan yang menuju wilayah Jawa Timur menjadi perhatian syarikat pengurusan lebuh raya Indonesia, PT Jasa Marga (Persero) untuk mengoptimumkan perkhidmatan dalam mengendalikan trafik rakyat yang pulang ke kampung halaman sempena Hari Raya Aidilfitri.

Kompas.com melaporkan, jumlah kenderaan yang pulang ke kampung atau ‘mudik Lebaran’ pada tahun 2022 ini adalah yang tertinggi jika dibandingkan dengan waktu normal atau Aidilfitri tahun-tahun sebelumnya.

Pada Jumaat lalu (29 April) contohnya, bilangan kenderaan pada hari itu memecahkan rekod jumlah kenderaan tertinggi sebelumnya, iaitu pada tempoh Lebaran 2019.

Difahamkan, jumlah kenderaan yang meninggalkan Jabodetabek (zon daerah Jakarta, Bogor, Depok, Tangerang dan Bekasi) menuju timur melalui jalan tol Trans Jawa pada tempoh mudik Lebaran 2019 mencapai 103,077 kenderaan.

Sedangkan, pada Jumaat lalu sahaja, sebanyak 105,016 kenderaan meninggalkan Jabodetabek menuju Timur (Cirebon, Semarang, Solo, Surabaya dan sekitarnya).




Jumlah tersebut meningkat 165.5 peratus berbanding trafik normal dalam tempoh mudik Lebaran pada November 2021.

Ketua Komunikasi Korporat dan Pembangunan Komuniti Kumpulan Jasa Marga, Dwimawan Heru dipetik sebagai berkata, demi memaksimumkan perkhidmatan kepada pengguna, Jasa Marga menggerakkan operasinya sehingga dua kali ganda berbanding biasa.

“Kami memaksimumkan kapasiti di gerbang tol untuk melayani peningkatan jumlah lalu lintas di GT (Gerbang Tol) Cikampek Utama, yang mengoperasikan sejumlah 30 lorong transaksi serta penambahan empat pembaca mudah alih secara tandem,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Heru melanjutkan, pihaknya bekerjasama dengan pihak kementerian dan lembaga terkait demi memberikan perkhidmatan terbaik bagi pengguna lebuh raya.

“Pengendalian arus trafik orang yang pulang ke kampung sempena cuti Hari Raya Aidilfitri ini dijalankan secara kolaborasi dengan pihak polis, Kementerian Perhubungan, Kementerian Pekerjaan Umum dan Perumahan Rakyat serta pemegang taruh yang lainnya,” jelas Heru.-AA




Jumlah kenderaan ‘mudik Lebaran’ di Indonesia tertinggi dalam sejarah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]




Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula



Leave a Reply

Your email address will not be published.

%d bloggers like this: