Bekas Pesakit COVID-19 Sukar Terima Kelonggaran
Bekas pesakit COVID-19 sukar terima kelonggaran
Bekas pesakit dan keluarga mangsa COVID-19 mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan kelonggaran beberapa protokol utama prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 berkuatkuasa hari ini.
Pakar Psikologi dan Kaunseling, Wellness Centre, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad berkata, penerimaan misalnya kelonggaran mengenakan pelitup muka di tempat terbuka mungkin sukar dipraktikkan kerana mereka masih merasa tidak selamat sepenuhnya.
“Mungkin dalam fasa baharu ini, ramai yang masih berhati-hati, tentunya semua orang nak sihat. Saya sendiri banyak merawat mangsa COVID-19, ada yang mendapat gejala teruk sehingga meninggalkan kesan kepada mereka dalam tempoh masa lama.
“Bahkan, ada pesakit saya, dia dijangkiti COVID-19 tetapi disebabkan sudah mendapat vaksinasi dos pertama, maka keadaannya tidak begitu teruk, namun bapanya pula yang turut dijangkiti meninggal dunia. Jadi dia trauma kerana kehilangan orang tersayang,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, individu yang mengalami kebimbangan melampau (anxiety) atau trauma disebabkan sesuatu kejadian perlu menjalani rawatan intervensi secara konsisten untuk mengelakkan keadaan kesihatan mereka bertambah teruk.
“Kebanyakan pesakit saya dirawat melalui kaedah modifikasi tingkah lalu. Mula-mula mereka dilatih untuk pergi secara beransur-ansur ke tempat awam, peringkat awal di kawasan yang kurang orang.
“Sehinggalah dia boleh membuat penyesuaian diri. Namun, kesannya tetap ada seperti mereka ini cenderung mendapat penyakit obsesif kompulsif (OCD),” katanya.-BH
Bekas pesakit COVID-19 sukar terima kelonggaran
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Faiz bidas Annuar Musa tukar nada terhadap Muhyiddin
- Najib: Kit Siang patut tumpu kes kematian bos Ewein, bukan Altantuya
- Bapa rogol anak tiri manakala ibu sebabkan kecederaan emosi
- ‘Pakej Ambil Gambar Dahulu, Bayar Kemudian’ Buat Netizen Terhibur
- Pemimpin PAS saran Qisas – Hentak balik pembuli dengan meja
- Lelaki Disyaki ‘Onani’ Belakang Rumah Diburu Polis
- Bapa Penyanyi Sharifah Zarina Meninggal Dunia, Rebah Ketika Solat Di Masjid [VIDEO]
- Bergurau jadi mayat, lelaki tertimbus tanah kubur (Video)
- Sultan Johor perkenan karya mural Joey Daud
- Sanusi kata Isham anak seluang, enggan mohon maaf
- 34 Tahun Terpisah..Ajaibnya Ramadan, Pelakon Sensasi Tiz Zaqyah Akhirnya Jumpa Abang Kandung
- Isham lapor polis terhadap Sanusi
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)
Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula
You must be logged in to post a comment.