RM8,000 Lesap, Kenderaan Dipecah Di Tanah Perkuburan [VIDEO]

 

RM8,000 Lesap, Kenderaan Dipecah Di Tanah Perkuburan [VIDEO]

Klang: Lelaki warga emas kehilangan wang tunai berjumlah RM8,000 selepas kenderaannya dipecah dan wang hasil perniagaan dilarikan individu tidak dikenali ketika menziarah Tanah Perkuburan Lipat Kajang, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 10 pagi itu, mangsa berusia 62 tahun bersama ahli keluarga termasuk isteri, anak serta menantu ke tanah perkuburan itu untuk menziarahi pusara ahli keluarga.



Menantu mangsa, Fathiah Mohd, 29, berkata, mereka sekeluarga menaiki dua kenderaan untuk ke kubur dan ketika sedang menziarahi pusara datuk, suaminya terlihat seorang lelaki berdekatan kenderaan mereka.

“Apabila melihat suami mendekati kereta, lelaki yang menaiki motosikal jenis EX5 berwarna kuning itu melarikan diri.

“Suami saya kemudian melihat cermin tingkap di bahagian pemandu kereta papa dipecahkan dan beg mengandungi wang, kad pengenalan, lesen dan lain-lain dokumen dilarikan.

“Pintu kereta kami juga sudah diumpil bagaimanapun dia tidak sempat mengambil apa-apa ekoran tindakan segera suami ke kereta selepas ternampak dia,” katanya ketika dihubungi hari ini.



Dia berkata, wang berkenaan adalah hasil perniagaan bapa mentua dan dibawa bersama kerana mereka merancang untuk ke bank selepas itu.

Katanya, walaupun terkilan selepas kehilangan ribuan ringgit, mereka sekeluarga bersyukur kerana penjenayah tidak bertindak agresif.

“Ini jadi peringatan buat kami yang mana jika ingin menziarah kubur, tidak boleh datang sendiri kerana kawasan berkenaan sunyi dan bahaya,” katanya yang menetap di Taman Sri Andalas, dekat sini.

Fathiah berkata, laporan polis sudah dibuat berkenaan kejadian itu.



Terdahulu, Fathiah berkongsi beberapa rakaman yang memaparkan kereta bapa mentuanya dipecahkan di bahagian tingkap di Twitter.



RM8,000 Lesap, Kenderaan Dipecah Di Tanah Perkuburan [VIDEO]

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker