Rayuan BKM dibuka mulai 2 Mei



Rayuan BKM dibuka mulai 2 Mei

Tempoh rayuan bagi permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuka mulai 2 Mei selama sebulan bagi membantu mereka yang tidak lulus dalam permohonan sebelum ini.

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz berkata kerajaan sedar bahawa mungkin ada rakyat yang layak menerima BKM tetapi masih belum didaftarkan dalam pangkalan data kerajaan.

“Pemohon boleh mengemukakan rayuan beserta dokumen yang berkaitan untuk disemak semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM).

“Proses rayuan ini juga bagi memastikan bantuan dapat disampaikan kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya dalam kenyataan hari ini.




Beliau berkata permohonan rayuan boleh dibuat melalui dua kaedah sama ada secara dalam talian melalui Portal Rasmi BKM LHDNM 2022 di https://bkm.hasil.gov.my atau penghantaran Borang Rayuan BKM 2022 secara manual.

Penghantaran borang rayuan secara manual boleh diserahkan mulai 9 Mei ke cawangan, Pejabat Satelit (PS), Pusat Khidmat Hasil (PKH) atau Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berhampiran.

“Setelah pangkalan data BKM dikemas kini, pembayaran rayuan BKM kepada pemohon yang lulus akan disalurkan pada bayaran Fasa 3 dan Fasa 4 dijadualkan pada September dan Disember 2022,” katanya.

Tengku Zafrul berkata kerajaan telah mengemas kini data golongan B40 yang layak menerima BKM dan setakat ini, hampir RM2.0 bilion bantuan Fasa 1 BKM telah disalurkan kepada hampir sembilan juta penerima B40 seluruh negara pada Mac lepas manakala bayaran Fasa 2 sebanyak RM1.1 bilion pula akan dibuat pada Jun. FMT

Rayuan BKM dibuka mulai 2 Mei





Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Leave a Reply

Your email address will not be published.