Wabak Demam Campak Melonjak 80 Peratus Di Seluruh Dunia

Wabak Demam Campak Melonjak 80 Peratus Di Seluruh Dunia

GENEVA – Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) memberi amaran bahawa penyakit demam campak meningkat 80 peratus di seluruh dunia tahun ini akibat gangguan disebabkan pandemik Covid-19, lapor laman berita Wionews.

Menurutnya, peningkatan jangkitan demam campak memberi petanda banyak penyakit lain yang mengancam  kanak-kanak akan menyusul dalam masa terdekat.

Penularan Covid-19 telah mengganggu kempen vaksinasi penyakit bukan Covid-19 di seluruh dunia. Gangguan itu dibimbangi mencetuskan ‘ribut virus’ yang berisiko membahayakan nyawa berjuta-juta kanak-kanak.

Demam campak adalah penyakit bawaan virus yang membahayakan sistem kesihatan kanak-kanak. Antara simptom paling ketara termasuk cacat penglihatan, pembesaran saiz otak, cirit-birit dan jangkitan pernafasan akut.

Menurut data baharu Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), lebih 17,300 kes demam campak dilaporkan di seluruh dunia pada Januari dan Februari lalu, berbanding sekitar 9,600 kes sepanjang tempoh sama tahun lepas.

Menurut data berkenaan,  terdapat 21 wabak demam campak berskala besar dan membimbangkan dalam tempoh 12 bulan menjelang April  tahun ini dengan majoriti berlaku di Benua Afrika dan rantau Mediterranean.

UNICEF turut meramalkan bahawa demam kuning akan menjadi salah satu penyakit seterusnya selepas penularan demam campak.

Menurut PBB, negara Somalia mempunyai jumlah jangkitan demam campak tertinggi tahun lalu dengan lebih 9,000 kes, diikuti Yemen, Afghanistan, Nigeria dan Etiopia.

Terdapat juga kebimbangan bahawa konflik di Ukraine akan mencetuskan semula wabak demam campak di negara berkenaan. Ukraine mempunyai kadar campak tertinggi di Eropah antara tahun 2017 hingga 2019. – Agensi

Wabak Demam Campak Melonjak 80 Peratus Di Seluruh Dunia

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker