“Mekap 3 Kilogram’, Baby Shima Kecewa Lagu-Lagu Raya Baharu Merepek, Tak Sedap Didengar [VIDEO]

“Mekap 3 Kilogram’, Baby Shima Kecewa Lagu-Lagu Raya Baharu Merepek, Tak Sedap Didengar

PENYANYI Baby Shima kesal dengan kemunculan lagu-lagu raya baharu yang dianggap merepek dan mengarut.

Menurut Shima, dia tidak menyebut mana-mana pihak, namun mengakui ia pendapat umum sebagai seorang yang mengikuti industri muzik Malaysia.

Mengulas tentang hal tersebut, kata Shima, dia sekadar meluahkan pendapat sebagai salah seorang yang turut berada dalam industri seni

“Saya tidak menyebut nama dan jika ada yang beranggap saya bercakap tentang individu tertentu terpulanglah.

“Apa yang saya katakan hanya pendapat peribadi sendiri. Tak salah rasanya untuk berkongsi kerana saya juga adalah pendengar yang mengikuti perkembangan lagu-lagu baharu,” katanya kepada mStar.

Menerusi video yang dikongsi itu, Shima berkata, lagu-lagu raya yang baharu dilancarkan kebanyakannya mengarut dan tidak sedap didengar.

“Mengarut, merepek lagu raya sekarang ni, dengan pondan-pondannya, dengan mekap tiga kilogram, baju buruk dan ada pula gatal-gatal kat dalam lagu raya… Apa benda tu?” ujarnya di Instagram.

VIDEO DIBAWAH:-

Namun, segelinitir netizen beranggapan penyanyi itu Pura-Pura Bujang itu sengaja membuat content media sosial kerana mahu mempromosikan lagu rayanya berjudul Pulang.

Shima berkata, dia tidak perlu melakukan perkara sebegitu semata-mata untuk meraih perhatian kerana sepanjang berada dalam industri seni, dia sudah ada kelompok peminat yang sentiasa memberi sokongan.

“Sebelum ini pun sudah banyak orang cakap saya suka cipta kontroversi. Tiada niat pun berbuat demikian kerana apa yang telah berlaku sebelum ini di luar jangkaan.

“Jika ada yang mengatakan saya sengaja buat content… biarkanlah. Namun apa yang boleh saya kata, lagu baharu saya boleh diterima baik oleh telinga pendengar,” jelasnya

Sementara itu bercakap tentang sambutan Hari Raya Ailfitri tahun ini, Shima akan pulang beraya bersama keluarga di Johor.

Walaupun cuti hanya beberapa hari sahaja, Shima akan menggunakan tempoh tersebut dengan baik untuk menziarahi saudara-mara di sana.

“Dah dua tahun kita tidak beraya, jadi tahun inilah peluang untuk saya berjumpa saudara-mara di Johor dan ada juga yang berada di Singapura.

“Tak berani lagi nak rancang jadual perjalanan raya nanti kerana akan ada sahaja idea baharu muncul bila berkumpul dengan keluarga,” jelasnya-mSTAR

“Mekap 3 Kilogram’, Baby Shima Kecewa Lagu-Lagu Raya Baharu Merepek, Tak Sedap Didengar

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker