Lebih baik pulang ke pangkuan Umno, pemimpin Bersatu Sabah diberitahu

Lebih baik pulang ke pangkuan Umno, pemimpin Bersatu Sabah diberitahu

Pemimpin Bersatu Sabah dilihat mempunyai masa depan lebih cerah dalam politik jika pulang ke pangkuan Umno.

Setiausaha Umno Sabah, Jafry Ariffin, berkata langkah itu lebih baik daripada mewujudkan parti baharu dengan merujuk kegagalan Bersatu dalam pilihan raya negeri (PRN) Melaka dan Johor yang menyaksikan mereka gagal bersaing dengan parti yang ada.



“Umno Sabah mengalu-alukan sekiranya langkah itu difikirkan. Ia bagus untuk mereka punya ‘political survivor’…ia juga bagai sirih pulang ke gagang,” katanya kepada FMT.

Jafry mengulas pandangan penganalisis bahawa kepulangan pemimpin Bersatu Sabah ke pangkuan Umno adalah langkah penting bagi masa depan parti itu.

Malah, penganalisis melihat keadaan sudah berubah secara drastik. Ketika Bersatu Sabah berkuasa, Muhyiddin Yassin adalah perdana menteri dan parti itu dilihat sangat lemah ketika ini.

Susulan kekalahan Barisan Nasional pada pilihan raya umum 2018 (PRU14), beberapa ahli Parlimen dan ADUN Umno Sabah meninggalkan parti itu dan menyertai Bersatu.



Ini termasuk ADUN Sulaman Hajiji Noor yang kini ketua menteri dan Ronald Kiandee, menteri pertanian dan industri makanan persekutuan.

Pada Perhimpunan Agung Umno lalu, beberapa perwakilan termasuk Ketua Puteri Zahida Zarik Khan dengan tegas tidak mahu menerima ‘katak politik’ menyertai Umno semula.

Ditanya perkara itu, Jafry yang juga ketua bahagian Umno Tenom berkata jika pemimpin Bersatu kembali kepada Umno sudah tentu ada syarat perlu dipersetujui.

“Umno merupakan organisasi berstruktur yang ada perlembagaan dan peraturan, dan kita ada badan tertentu memutuskannya tapi secara ‘general’, kita mengalu-alukan mereka datang, kerana mereka sebahagian pemimpin yang tinggalkan parti,” katanya. FMT



Lebih baik pulang ke pangkuan Umno, pemimpin Bersatu Sabah diberitahu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)



Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker