Bekas Juara Tenis Wimbledon Boris Becker Dipenjara 2 Tahun Kerana Muflis

Bekas Juara Tenis Wimbledon Boris Becker Dipenjara 2 Tahun Kerana Muflis

LONDON: Bekas juara Wimbledon Boris Becker dipenjara dua tahun setengah oleh mahkamah London selepas didapati bersalah menyembunyikan aset bernilai AS$2.5 juta (RM10.8 juta) bagi mengelakkan membayar hutang.

Juara Grand Slam enam kali berusia 54 tahun itu didapati bersalah atas empat pertuduhan di bawah Akta Insolvensi Britain.

Perbicaraan mahkamah memberi tumpuan kepada pengisytiharan muflis Becker pada 2017 akibat kegagalan membayar hutang lebih AS$3.8 juta berkaitan rumah mewahnya di Mallorca, Sepanyol.

Hakim Deborah Taylor berkata, Becker tidak menunjukkan dia menyesal atas perbuatan itu atau mengaku bersalah.



“Kamu tidak menunjukkan penyesalan, mengaku bersalah dan menjauhkan diri daripada dakwaan dan muflis.

“Walaupun saya terima kamu rasa malu, namun tiada perasaan rendah diri dari kamu sebenarnya,” katanya kepada Becker ketika perbicaraan mahkamah berlangsung.

Dari segi undang-undang, Becker perlu mendedahkan segala aset miliknya selepas diisytiharkan muflis bagi membayar balik hutang yang berjumlah hampir AS$63 juta.

Awal bulan ini Mahkamah Southwark Crown mendapati Becker bersalah atas pertuduhan memindahkan aset miliknya, dua pertuduhan gagal mengisytiharkan aset dan menyembunyikan hutang.



Namun dia dibebaskan daripada 20 pertuduhan termasuk kegagalan memulangkan trofi dan medal yang dimenangi ketika kemuncak kariernya dalam tenis.

Mahkamah mendapati Becker gagal mengisytiharkan aset miliknya di Leimen, Jerman yang bernilai AS$1.3 juta serta hutang ke atas rumah berkenaan bernilai AS$870,000.

Dia juga didapati telah memindahkan sejumlah AS$490,000 daripada akaun miliknya kepada sembilan individu lain termasuk bekas isterinya, Barbara dan isteri Sharlely Becker.

Becker pertama kali memenangi kejuaraan Wimbledon pada 1985 ketika berusia 17 tahun.-AA



Bekas Juara Tenis Wimbledon Boris Becker Dipenjara 2 Tahun Kerana Muflis

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker