COVID-19: Wabak Koronavirus Masih Belum Berakhir – Dr. Fauci

COVID-19: Wabak Koronavirus Masih Belum Berakhir – Dr. Fauci

PAKAR penyakit berjangkit Dr Anthony Fauci berkata, walaupun Amerika Syarikat (AS) sedang melalui fasa akut pandemik koronavirus, ia tidak bermakna wabak itu telah berakhir kerana virus itu akan terus bermutasi.

“Ia sama sekali belum berakhir,” katanya ketika hadir pada sesi perbincangan dengan Kelab Akhbar Nasional di Washington DC pada Jumaat.

“Varian Delta datang dari India dan Omicron dari Afrika Selatan. Dan sekiranya virus terus mereplikasi di merata dunia, sentiasa ada ancaman varian baharu yang akan muncul dan sampai ke AS.

“Jadi, cara terbaik untuk menghalang wabak itu daripada bermutasi hanyalah dengan menghentikannya daripada mereplikasi,” tambahnya.

Fauci berkata, AS telah keluar daripada fasa penuh wabak itu.

Kes COVID-19 ketika ini berada pada tahap lebih rendah berbanding beberapa bulan lalu dan dua pertiga penduduk AS telah diberikan vaksin.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju bahawa pemakaian pelitup muka kini tidak lagi relevan.-AA

COVID-19: Wabak Koronavirus Masih Belum Berakhir – Dr. Fauci

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Drama Raya PETRONAS 366 gambaran ketabahan rakyat Malaysia (Video)

Dituduh memondan, Aliff Syukri nak saman pula

Berjuta tonton, saya akan buat konsert pula – Aliff Syukri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker