Racun rumpai Roundup boleh sebabkan barah – Mahkamah

Racun rumpai Roundup boleh sebabkan barah – Mahkamah

SAN DIEGO: Juri di California mengarahkan bayaran ganti rugi sebanyak AS$332 (RM1.6 bilion) terhadap Bayer selepas produk keluarannya, Roundup, didapati boleh menyebabkan barah.

Mahkamah memutuskan, racun rumpai itu menyebabkan seorang lelaki yang menggunakannya menghidap barah.

Menurut laporan Law.com, keputusan itu termasuk AS$325 juta (RM1.5 bilion) ganti rugi punitif dan AS$7 juta (RM33.4 juta) ganti rugi pampasan diberikan kepada plaintif, Mike Dennis, yang didiagnosis pada usia 51 tahun dengan barah limfoma.

Katanya, juri di Mahkamah Tinggi Daerah San Diego mendapati Monsanto milik Bayer gagal memberi amaran berhubung risiko kesihatan Roundup.

Bagaimanapun, mereka tidak mendapati bahawa pembuat benih pertanian dan racun perosak itu cuai dalam mereka bentuk produk mereka.

Sementara itu, Bayer belum memberikan maklum balas, manakala peguam yang mewakili plaintif tidak dapat dihubungi di luar waktu pejabat.

Ini menandakan kekalahan ketiga untuk Bayer bulan ini, selepas terpaksa membayar ganti rugi masing-masing AS$175 juta (RM835 juta) dan AS$1.25 juta (RM6 juta) dalam dua kes berasingan membabitkan Roundup.

Sebelum ini, Bayer memenangi sembilan percubaan berturut-turut atas tuntutan seumpamanya.

Tuntutan undang-undang berkaitan Roundup membebankan Bayer sejak ia memperoleh jenama itu sebagai sebahagian daripada pembelian Monsanto bernilai AS$63 bilion (RM300 bilion) pada 2018. BH

Racun rumpai Roundup boleh sebabkan barah – Mahkamah

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?

Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini

Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker