Datang nak buat aduan, rupanya nama dalam senarai dikehendaki polis
Datang nak buat aduan, rupanya nama dalam senarai dikehendaki polis

KUALA LUMPUR: Hasrat seorang lelaki untuk membuat laporan berhubung kehilangan kad pengenalan miliknya bertukar kecoh apabila dia dikenal pasti sebagai individu dikehendaki polis berkaitan kes dadah.
Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, kejadian ketika suspek terbabit hadir ke kaunter aduan Balai Polis Pantai, Jalan Pantai Baharu, di sini, hari ini.

Katanya, suspek berusia 36 tahun itu melarikan diri sejurus dimaklumkan mengenai statusnya, sebelum berjaya ditangkap selepas dikejar beberapa anggota polis tidak jauh dari lokasi kejadian.
“Suspek datang ke kaunter aduan untuk membuat laporan kehilangan kad pengenalan.
“Setelah anggota kaunter aduan membuat pemeriksaan kad pengenalan suspek, didapati suspek adalah individu yang dikehendaki oleh polis di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Isu UEC Perlu Dinilai, Tolak Sentimen Emosi Atau Perkauman – Rushamizan
- Senario MIC: Tidak Salah Kenyataan Presiden UMNO – Hafiz Ariffin
- UMNO Sabah Perkukuh Semangat Perjuangan Pasca PRU DUN Sabah – Samasuddin
Jamal Nerubi Hargai Kejayaan, Kemenangan Kes Sulu Pertahan Maruah Negara
“Suspek dimaklumkan berhubung perkara itu sebelum secara tiba-tiba melarikan diri dari Balai Polis Pantai dan dalam cubaan menahannya, suspek telah melanggar seorang anggota polis,” katanya dalam kenyataan, malam ini.
Menurut Hoo, beberapa anggota Balai Polis Pantai kemudian mengejar suspek yang melarikan diri ke arah tepi sungai berhampiran sebuah hotel di Jalan Pantai Baharu.
Katanya, suspek berjaya ditangkap di lokasi berkenaan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
“Hasil soal siasat mendapati suspek mengaku bersalah menghalang penjawat awam dengan melarikan diri daripada pemeriksaan. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya.
Hoo berkata, kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Kuala Lumpur esok dengan cadangan pertuduhan sebelum pendakwaan dijalankan pada tarikh sama di Mahkamah Kuala Lumpur bersama kes dikehendaki oleh Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Brickfields.
Datang nak buat aduan, rupanya nama dalam senarai dikehendaki polis
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Tuduhan ‘Mabuk Kuasa’ Tunjuk Kekecewaan Sendiri – Sollehin
- Zahari Santuni Warga Felda dan Komuniti OKU, Sampaikan Bantuan Kasih Johor
- Wanita UMNO Pasir Salak Terus Komited Turun Padang Santuni Rakyat
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Bersama BN Jaga Disiplin, Mahu Keluar Jangan Berselindung… – Manndzri
You must be logged in to post a comment.