Rancak Berdosa: Penganggur edar, jual ketum secara ‘online’ ditahan

DUNGUN – Seorang penganggur yang baharu berjinak-jinak dalam kegiatan memproses, mengedar dan menjual ketum secara dalam talian sejak sebulan lalu ditahan polis pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, lelaki berusia 26 tahun itu ditahan di tepi jalan berdekatan Arena Square, Bandar Dungun oleh pasukan Taskforce Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun (IPD) Dungun kira-kira jam 12.30 tengah malam.

Menurutnya, susulan penahanan lelaki itu, pihak polis menerima maklumat mengenai sebuah rumah dipercayai disewa khas bagi memproses ketum di Kampung Sura Tengah, Dungun.

“Hasil pemeriksaan ke atas rumah tersebut membawa kepada rampasan 14.2 kilogram (kg) daun dipercayai ketum, 289 liter cecair ketum (dibungkus dalam 289 plastik), 30 mililiter kodin, wang tunai berjumlah RM2,240 serta beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk memproses ketum.

Sebahagian daripada 289 liter cecair dipercayai ketum yang diproses suspek.
“Siasatan awal ke atas suspek mendapati jualan ketum turut dilakukan secara dalam talian selain mengedar di tepi jalan kepada pelanggan yang dikenali,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Mengulas lanjut, Baharudin berkata, keseluruhan barangan rampasan (terutama ketum) yang dianggarkan bernilai lebih RM3,200 itu dipercayai mampu dibekalkan kepada 350 penagih di sekitar Dungun.

“Kita percaya suspek mungkin baharu sahaja mendapatkan bekalan beberapa hari lalu berdasarkan barangan yang dirampas.

“Selain itu, kita percaya suspek ini mendapat bekalan daun ketum dari negeri di utara tanah air,” katanya.

Beliau berkata, suspek yang telah mendirikan rumah tangga itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin dan kes disiasat di bawah Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun

Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker