Pekerja Balak ‘Naik Hantu’ Mengamuk Bakar MPV Polis Dan Cederakan Anggota

Pekerja Balak ‘Naik Hantu’ Mengamuk Bakar MPV Polis Dan Cederakan Anggota

PEKAN – Sebuah kereta peronda polis (MPV) musnah akibat dibakar seorang lelaki warga Indonesia yang mengamuk di kawasan rumah kongsi matau balak Kampung Selengkong, Nenasi di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd. Zaidi Mat Zin berkata, dua anggota polis bergegas ke tempat kejadian selepas mendapat laporan mengenai kejadian amuk melibatkan seorang lelaki di lokasi berkenaan.



“Apabila sampai di tempat kejadian, pihak polis menemui suspek seorang diri dan semasa pemeriksaan dilakukan suspek bertindak agresif dengan memukul dan mencederakan anggota polis.

“Suspek kemudiannya masuk ke dalam rumah kongsi dan mengambil satu objek menyala seperti api sebelum membaling ke dalam kereta pasukan yang ketika itu terdapat seorang anggota polis,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, anggota polis yang berada di dalam kereta bertindak keluar menyelamatkan diri manakala suspek melarikan diri ke hutan berhampiran.



Katanya siasatan masih giat dilakukan bagi mengesan suspek dan operasi Ops Tutup dilakukan bersama Ibu Pejabat polis Kontinjen (IPK) Pahang.

Sementara itu Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, bomba yang menerima panggilan pada pukul 11.47 malam bergegas ke tempat kejadian bersama enam anggota dan seorang pegawai menaiki dua buah jentera.

“Sebaik sampai di lokasi kejadian operasi pemadaman tidak dapat dilakukan serta merta atas faktor keselamatan arahan daripada pihak polis dan pihak bomba dibenarkan memadam kebakaran setelah keadaan kembali selamat.

“Kebakaran dipadam menggunakan satu aliran hos dari tangki pam jentera bomba dan kenderaan terbakar seratus peratus,” ujarnya. -KO/HM

Pekerja Balak ‘Naik Hantu’ Mengamuk Bakar MPV Polis Dan Cederakan Anggota



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun



Mawar Karim Akui Sedang Bercinta

Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker