Cucu sumbat nenek hidup-hidup dalam peti sejuk beku

ATLANTA, GEORGIA – Seorang lelaki di negeri Georgia, Amerika Syarikat didakwa atas tuduhan membunuh neneknya selepas dia dilaporkan menyumbat warga emas itu di dalam peti sejuk dan menyembunyikan mayatnya selama berbulan-bulan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Mangsa, Doris Cumming, 82, dikatakan masih hidup ketika suspek, Robert Tincher III, 29, mengheret badannya dalam kediaman mereka.

Pegawai penyiasat Polis Daerah Floyd, Brittany Werner berkata, suspek didakwa membunuh neneknya pada Disember tahun lalu dan menyimpan mayatnya di dalam peti sejuk serta merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan pihak berkuasa.

“Suspek memasukkan mangsa ke dalam beg plastik dan dia masih bergerak ketika disumbat ke  dalam peti sejuk.

“Daripada pengesahan kami, ketika kejadian, suspek percaya mangsa masih bernafas dan bergerak ketika dia dimasukkan ke dalam peti sejuk.

“Selepas beberapa bulan mangsa meninggal dunia, suspek memindahkan peti sejuk itu ke sebuah  lokasi lain dengan mayat mangsa masih berada di dalamnya,” kata Werner.

Suspek kemudian  menjelaskan bahawa dia enggan melaporkan kejadian itu kepada polis kerana mempunyai waran tangkap yang dikeluarkan terhadap dirinya. Waran tangkap itu berhubung  ancaman keganasan yang dibuat terhadap bekas isterinya menerusi akaun media sosial.

Sementara itu, Werner beakata, suspek bagaimanapun mengakui amat sayangkan neneknya.

“Suspek berkata bahawa mangsa merupakan satu-satunya ahli keluarga yang memberikan kasih sayang dan perhatian yang dia perlukan,” kata Werner.

Biro Siasatan Georgia melakukan bedah siasat untuk menentukan punca dan waktu kematian mangsa. – AGENSI

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet

Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker