Dilarang guna e-skuter atas jalan, tiada lesen dikeluar – MBPP

Dilarang guna e-skuter atas jalan, tiada lesen dikeluar – MBPP

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menegaskan tiada lesen dikeluarkan kepada pengendali skuter elektrik atau e-skuter kerana kenderaan mikro mobiliti itu dilarang digunakan atas jalan raya di negeri itu buat masa ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menasihatkan orang ramai tidak menyewa dan menaiki e-skuter atas jalan raya kerana ia adalah kesalahan bawah Seksyen 54 Akta Pengangkutan Jalan 1987.



“Pemantauan aktiviti e-skuter giat dijalankan demi keselamatan orang awam.

“MBPP akan sentiasa bekerjasama dengan polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan bagi memastikan jalan raya kita selamat untuk semua pengguna jalan raya,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Semalam, MBPP mengadakan operasi bersepadu bersama polis untuk memantau aktiviti e-skuter di sekitar George Town.

Menurutnya, kebiasaannya e-skuter hanya digunakan di atas siar kaki awam atau satu kawasan yang diasingkan dari jalan raya.



Semalam, Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong dilaporkan berkata, satu peraturan kecil berhubung penggunaan e-skuter akan diputuskan, termasuk pelaksanaan lesen terhadap pengguna dan pembekal kenderaan itu.

Beliau berkata, kenderaan mikro mobiliti terlalu banyak menggunakan nama berbeza, justeru ia memerlukan satu definisi jelas yang akan dibuat melalui peraturan kecil itu.

Katanya, penggunaan e-skuter semakin menjadi trend dalam kalangan masyarakat yang memerlukan penyelesaian sewajarnya untuk mengelakkan pengguna terdedah kepada risiko nahas memandangkan kelajuannya seperti motosikal. HM

Dilarang guna e-skuter atas jalan, tiada lesen dikeluar – MBPP




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Anak angkat celah mana?, Nurulhidayah nafi dakwaan warganet



Biawak Bengal Di Rogol, Empat lelaki Ditahan

Peniaga ‘Mee Tonggek’ Boleh Berniaga Semula Dengan Syarat



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker