Langkah berani arwah Khalid tidak saya lupa – Najib

Langkah berani arwah Khalid tidak saya lupa – Najib

Najib Razak memberi penghargaan kepada allahyarham Abdul Khalid Ibrahim yang disifatkannya sebagai pemimpin yang berani memeterai penstrukturan industri bekalan air antara kerajaan Selangor dan Persekutuan bagi memastikan penduduk di Lembah Klang tidak lagi mengalami catuan air bagi tempoh 10 hingga 20 tahun akan datang.

Katanya, meskipun rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat membantah kerana berdegil dan melawan atas sebab-sebab politik, menteri besar Selangor itu tetap mendatangani perjanjian berkenaan.



“MOU air ini yang dijadikan alasan permulaan oleh Pakatan bagi langkah mereka singkirkan arwah sebagai menteri besar Selangor dan untuk pecat arwah dari parti beberapa bulan kemudian.

“Namun, MOU air dan projek-projek tersebut tetap diteruskan dan dinanti-nantikan oleh kerajaan Selangor selepas arwah dipecat sebagai MB Selangor – bukti bahawa keputusan arwah untuk mengetepikan politik sempit demi kelangsungan hidup penduduk Lembah Klang adalah sangat tepat.

“Jasa arwah akan terus dikenang oleh saya dan seluruh penduduk Lembah Klang.

Langkah berani arwah tidak saya lupa,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.



Pada September 2014, kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor memuktamadkan penstrukturan semula industri perkhidmatan bekalan air Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Ia sekali gus menjadi permulaan entiti Air Selangor yang sebelum ini dikenali sebagai Pengurusan Air Selangor untuk mengambil alih operasi dan penyelenggaraan loji rawatan air serta perkhidmatan pembekalan air yang sebelum ini dilakukan empat syarikat konsesi.

Melalui perjanjian itu, pengurusan Air Selangor mengambil alih tiga buah syarikat konsesi air negeri Selangor iaitu Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Puncak Niaga (PNSB), Konsortium Abass dan pemegang lesen perkhidmatan iaitu Konsortium Air Selangor.

Abdul Khalid menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 11.08 malam tadi di Hospital Cardiac Vascular Sentral, Kuala Lumpur.



Pemergian Allahyarham pada usia 76 tahun dengan tenang dan disaksikan oleh semua ahli keluarganya, menurut hantaran di laman rasmi Facebooknya

Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak 23 April yang lalu akibat jangkitan pada injap jantung dan meninggalkan seorang isteri, empat orang anak dan dua orang cucu.

“Secara peribadi, saya amat sedih dengan pemergian Khalid Ibrahim.

“Saya mohon semua untuk sedekahkan doa buat allahyarham,” kata Najib. Mk



Langkah berani arwah Khalid tidak saya lupa – Najib


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Aku Simpati Dengan Dia’ ….Hattan Simpati Dengan Ning Baizura



Hattan Tiada Masalah BBNU ‘Cover’ Lagunya, Bagi ‘Warning’ Awal-awal Tahan Telinga Jika Jahanam [VIDEO]

‘I Love Being Viral’ – Cubaan Jatuhkan Reputasi …Ning Baizura Tak Endah Kecaman [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker