Suara Tian Chua hanya untuk kedai kopi – Zuraida

Sebaran :

Siapa Tian Chua boleh cakap bagi pihak PH, soal Zuraida

Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Zuraida Kamaruddin mempersoalkan kedudukan Naib Presiden PKR, Tian Chua dalam Pakatan Harapan selepas bekas Ahli Parlimen Batu itu mencadangkan pakatan berkenaan bergabung dengan pihak yang boleh memberi kemenangan pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka.

Menyifatkan “suara” Tian Chua umpama bercakap di kedai kopi, Zuraida yang juga Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi berkata apa saja yang keluar daripada mulut pemimpin PKR itu tidak ada kesahihannya.

“Saya tak tahu Tian Chua ni siapa dia boleh cakap bagi pihak PH. Jadi, apa dia cakap tu saya tak tahu betul atau tak betul, kita tak tahulah nak nilaikan.



“Kalau dia cakap, cakap kedai kopi je tu,” katanya tanpa mengulas lebih lanjut ketika ditanya mengenai pendirian Bersatu terhadap cadangan Tian Chua yang menggesa PH bekerjasama dengan mana-mana parti pada PRN Melaka.

Minggu lalu, Tian Chua membuat gesaan itu dalam usaha mengembalikan mandat rakyat yang diperoleh PH pada 2018.

“Secara taktik kita harus bergabung dengan mana-mana pihak yang boleh memberi PH kemenangan.

“Itu taktik kita harus pertimbangkan di lapangan (iaitu) dengan apa saja cara yang terbaik untuk menang kerusi yang paling banyak,” katanya ketika ditemui media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.



Bagaimanapun, cadangan itu dibidas Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, yang berpendirian PH perlu menolak pemimpin yang pernah mengkhianati gabungan parti itu di Melaka sehingga mengakibatkan mereka tumbang di negeri berkenaan.

“Itu pandangan peribadi Tian Chua. Pendirian DAP dinyatakan secara jelas dalam mesyuarat Majlis Presiden PH.

“PH perlu berkempen berdasarkan dasar bersama kita dan rekod pencapaian sepanjang 22 bulan mentadbir Melaka bawah pimpinan bekas Ketua Menteri Adly Zahari.

“PH perlu menolak pengkhianat. Noktah,” katanya dalam satu hantaran ringkas di Facebook.



Siapa Tian Chua boleh cakap bagi pihak PH, soal Zuraida


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?


Sebaran :

Leave a Reply