Azhar benar usul Anwar berhubung penjualan aset Petronas

Azhar benar usul Anwar berhubung penjualan aset Petronas

Dewan Rakyat, hari ini, membenarkan usul Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung penjualan aset gas Petronas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion.

Persetujuan itu diberikan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun selepas meneliti usul terbabit.

Beliau berkata, usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu akan dirundingkan dalam satu kamar khas pada jam 2.30 petang ini.

Anwar mengemukakan usul di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) dan 18(2) Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat kelmarin.

Azhar membuat keputusan itu selepas meneliti usul yang dikemukakan oleh Anwar bahawa di bawah perkara tertentu, kepentingan orang ramai serta perlu disegerakan.

“Saya membenarkan usul ini untuk dirunding pada hari ini di kamar khas pada jam 2.30 petang,” katanya, di sini, hari ini.

Anwar sebelum itu memohon usul laporan Petronas menjual aset gas di Azerbaijan dengan harga hampir RM10 bilion dibahaskan di Dewan Rakyat.

Ia berikutan desakan menaikkan bayaran dividen Petronas sebanyak RM25 bilion kepada kerajaan bagi tahun ini.

Menurut Anwar, penjualan aset di Azerbaijan dan pembayaran dividen kepada kerajaan menjejaskan masa depan Petronas.

Petronas dilapor menjual keseluruhan 15.5 peratus kepentingannya dalam projek gas asli Shah Deniz di sektor Azerbaijan di Laut Kaspia kepada syarikat minyak dan gas Rusia LUKOIL dengan harga RM9.41 bilion (AS$ 2.25 bilion).

LUKOIL dalam satu kenyataan berkata, penyelesaian transaksi itu bergantung pada penentuan syarat-syarat sebelumnya, termasuk persetujuan oleh SOCAR, syarikat minyak negara Azerbaijan.

Menurut laporan The Edge Markets, ekuiti LUKOIL dalam projek itu akan meningkat daripada 10 peratus kepada 25.5 peratus setelah selesai penjualan. BH

Azhar benar usul Anwar berhubung penjualan aset Petronas


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker