Lelaki mental pecahkan cermin 12 kenderaan ditahan (Video)

Lelaki mental pecahkan cermin 12 kenderaan ditahan (Video)

Gara-gara sudah lama tidak mendapatkan rawatan kesihatan mental, seorang lelaki disyaki kurang siuman dan mengalami masalah sakit jiwa bertindak memecahkan cermin kereta sendiri serta merosakkan 12 kenderaan awam yang lain.

Kejadian dikesan berlaku di daerah pekan Banting, Kuala Langat pada 9.30 pagi semalam, kata Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor @ Saleh hari ini.

Katanya, seorang pemilik kenderaan yang berada parkir kenderaan di hadapan sebuah bank di Jalan Sultan Abdul Samad, Banting ternampak seorang lelaki memegang sebatang besi yang berukuran anggaran 4 kaki telah memecahkan tingkap hadapan kereta miliknya.

“Selepas memecahkan cermin kereta sendiri, lelaki bersenjata batang besi tersebut telah pergi kepada kereta lain yang turut diparkir di situ dan melakukan perbuatan yang sama dengan memecahkan 12 buah cermin kereta di kawasan berkenaan.

“Selepas mendapat makluman daripada orang awam, pihak MPV IPD Kuala Langat telah bergegas ke lokasi kejadian dan berjaya menangkap suspek, seorang lelaki tempatan di tempat kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pasukannya turut berjaya merampas sebatang besi berwarna biru, anggaran ukuran empat kaki daripada suspek yang disyaki digunakan untuk memecahkan 12 kenderaan lain di tempat letak kereta itu.

Pemeriksaan awal mendapati suspek mengalami tekanan emosi sehingga bertindak sedemikian.

Ahmad Ridhwan berkata, semakan awal polis juga mendapati, suspek pernah dirawat sebagai pesakit mental tetapi sudah lama tidak menerima rawatan psikiatri dari mana-mana hospital .

“Semakan rekod lampau turut mendedahkan suspek memiliki tiga rekod atas kesalahan narkotik tetapi ujian saringan awal air kencing ke atasnya didapati negatif dadah.

“Setakat ini pihak polis telah menerima lima laporan polis daripada pemilik kereta yang mengalami kerugian daripada kejadian membabitkan,” ujar beliau.

Suspek kini ditahan di IPD Kuala Langat untuk siasatan lanjut dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan khianat,” tegasnya.

Dalam pada itu, video kejadian berdurasi 11 saat itu telah tular di media sosial menyaksikan suspek berpakaian kemeja dan berseluar panjang memegang sebatang besi dan berjalan ke arah sebuah kenderaan sebelum memecahkan cermin hadapan lalu beredar. MG

Lelaki mental pecahkan cermin 12 kenderaan ditahan (Video)


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker