Mana janji Muhyiddin naikkan bantuan JKM kepada RM1,000 – Teo Nie Ching

Mana janji Muhyiddin naikkan bantuan JKM kepada RM1,000 – Teo Nie Ching

Seorang ahli Parlimen pembangkang membidas kelewatan lebih 10 bulan untuk menaikkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) antara RM200 hingga RM300 kepada RM1,000 yang dijanjikan bekas Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin pada tahun lalu.

Teo Nie Ching (PH-Kulai) mempersoalkan adakah janji Muhyiddin itu sekadar “janji kosong” kerana sehingga kini ia belum dilaksanakan.

“Di sini saya nak ingatkan pada 3 Dis tahun lalu sempena Hari Orang Kurang Upaya (OKU) Sedunia, pada masa itu, Ahli Parlimen Pagoh (Muhyiddin) janji bantuan bulanan JKM yang pada masa ini antara RM200 dan RM300 kepada mereka yang layak dinaikkan kepada RM1,000.

“Ini ditulis dalam Facebook bekas Perdana Menteri itu dan masih ada dalam Facebook Muhyiddin,” katanya di Dewan Rakyat dalam soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Zailah Mohd Yusoff.

Beliau turut menyindir adakah Dewan Bahasa dan Pustaka perlu menukar maksud “segera” kepada setahun.

Zailah bagaimanapun berkata, cadangan menaikkan bantuan JKM kepada RM1,000 bergantung kepada kelulusan kerajaan kerana ia membabitkan kos besar.

Pada 3 Dis lalu, Muhyiddin dilaporkan memberi jaminan cadangan menaikkan bantuan JKM kepada RM1,000 sebulan berbanding RM200 hingga RM300 sekarang akan dilaksanakan segera.

Menjawab pertanyaan Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) berhubung punca kelewatan kenaikan bantuan JKM, Zailah meminta beliau memaklumkan segera kepada kementerian sekiranya berlaku kelewatan.

Katanya, semua permohonan dikendalikan secara dalam talian sejak Mac 2020 kerana pandemik Covid-19.

“Kami akan pastikan semua yang layak mendapat bantuan,” katanya. FMT

Mana janji Muhyiddin naikkan bantuan JKM kepada RM1,000 – Teo Nie Ching


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker