Suspek tetak 4 ahli keluarga masih bersembunyi

Suspek tetak 4 ahli keluarga masih bersembunyi

KOTA TINGGI: Polis percaya suspek lelaki yang menetak empat ahli keluarganya hingga parah ketika menunggu untuk berbuka puasa di Kampung Sedili Kecil, Kuala Sedili dekat sini, pada Khamis lalu, masih bersembunyi di negeri ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata pihaknya kini giat mengesan suspek berusia 38 tahun itu yang juga pekerja ladang nanas.



“Kami yakin suspek masih bersembunyi di Johor dan jika ada tangkapan kami akan maklumkan,” katanya kepada BH, hari ini.

Semalam, Hussin dalam kenyataan berkata, kejadian itu berlaku pada jam 7.11 malam ketika empat beranak itu menunggu waktu berbuka puasa.

Semua mangsa yang parah dihantar ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan lanjut dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Punca kejadian belum diketahui dan polis giat menyiasat motif serangan.



“Polis giat mengesan suspek dari FELDA Air Tawar 3, bagi membantu siasatan.

“Orang awam yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Nurul Syafiqah Khalid di talian 019-5121568 atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi di talian 07-8831222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta denda atau sebat.-BH

Suspek tetak 4 ahli keluarga masih bersembunyi



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker