‘Keluarga Malaysia’ Ismail Sabri bangkit semangat rakyat – UMNO Selangor

SHAH ALAM – UMNO Selangor menyokong penuh cadangan mengekalkan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon Perdana Menteri untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti.

Pengerusi Badan Perhubungannya, Tan Sri Noh Omar berkata, Ismail membuktikan keupayaan sebagai Perdana Menteri kesembilan yang cemerlang berbekalkan integriti sejak dilantik pada 20 Ogos tahun lalu.

“Ia terutama dalam menyatupadukan rakyat dan negara sehingga mengembalikan kestabilan politik yang amat diharapkan ketika ini.

“Pengenalan konsep Keluarga Malaysia oleh beliau turut menyuntik semangat rakyat untuk bangkit daripada kemelut pandemik Covid-19 dan bersama kerajaan memulihkan ekonomi negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.



Khamis lalu, MKT UMNO sebulat suara mencadangkan Ismail yang juga Naib Presidennya sebagai calon Perdana Menteri bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

Dalam pada itu, Noh berkata, UMNO Selangor yakin keputusan berkenaan  akan diterima baik oleh rakyat jelata.

“Menerusi karisma Ismail, UMNO, Barisan Nasional (BN) dan sekutunya terutama di Selangor akan mampu bangkit semula merampas kembali negeri ini daripada PH,” katanya.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak



Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker