Van Terbabas Elak Musang, 11 Pelajar Tahfiz Cedera

Van Terbabas Elak Musang, 11 Pelajar Tahfiz Cedera

SEREMBAN: Sebelas daripada 18 pelajar tahfiz dari sebuah madrasah di Rembau dekat sini, cedera selepas van dinaiki terbabas gara-gara cuba mengelak seekor musang yang melintas di Kilometer 16 Jalan Seremban-Tampin, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Rembau DSP Hazri Mohamad berkata dalam kejadian kira-kira pukul 2.40 pagi itu, seorang pelajar lelaki berusia 13 tahun patah tangan kanan dan seorang lagi berusia 16 tahun cedera pada mulut, manakala sembilan yang lain cedera ringan.

Beliau berkata kedua-dua pelajar itu dirawat di zon kuning di Hospital Rembau dan selebihnya dirawat sebagai pesakit luar.

“Pemandu van Muhammad Tamimi Md Suhot, 26, cedera ringan di jari kiri, manakala baki tujuh lagi pelajar tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Kemalangan berlaku semasa mereka dalam perjalanan dari arah Seremban menghala ke Tampin dan setibanya di lokasi kejadian, van dipandu Muhammad Tamimi dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Hazri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.-AA

Van Terbabas Elak Musang, 11 Pelajar Tahfiz Cedera

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji

Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker