Nak Tanam Kat Mana Lagi?

Nak Tanam Kat Mana Lagi?

Ibu kota Pakistan, Karachi menghadapi kekurangan tanah untuk perkuburan bagi mengebumikan jasad mereka yang meninggal dunia.

Agensi berita, ANI melaporkan Karachi yang mempunyai kepadatan penduduk 20 juta orang hampir habis ruang perkuburan.



Pekerja Persatuan Perumahan Koperasi Pakistan (PECHS) mendedahkan tanah perkuburan secara rasmi penuh untuk tempoh lima tahun.

“Tiada ruang langsung untuk tanah perkuburan baharu di Karachi. Apa perlu kita lakukan, kita kena musnahkan kubur lama jika mahu mencipta yang baharu,” kata penggali kubur, Khalil Ahmed.

Bayaran pengebumian ditetapkan kerajaan dalam wilayah itu ialah 7,900 rupee (RM438), tetapi dua penduduk tempatan mendakwa membayar 55,000 rupee (RM3,051) dan 175,000 rupee (RM9,710) untuk mengebumikan orang tersayang di tanah perkuburan PECHS tahun lalu, lapor Geo News.

Tetapi penggali kubur bebas mendapat keuntungan daripada perubahan populasi Pakistan, lapor Geo Berita.

Pakistan adalah negara kelima di dunia mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi iaitu 220 juta rakyat dan lebih daripada empat juta ditambah setiap tahun.



Apabila populasi bertambah, begitu juga penghijrahan orang dari luar bandar ke bandar, mencari kerja untuk melarikan diri dari kemiskinan luar bandar.-HM

Nak Tanam Kat Mana Lagi?

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker