Guru hilang ketika memukat ditemui lemas

SETIU – Seorang guru yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus ketika sedang memukat ikan di kawasan muara sungai Kuala Baru dekat Kampung Mangkuk di sini ditemui lemas pada awal pagi Ahad.

Mayat Sugani Yasin, 51, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh dekat Permaisuri di sini, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada jam 12.20 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin berkata, mayat Sugani dijumpai kira-kira 100 meter dari lokasi terakhir mangsa dilaporkan hilang.



“Mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Setiu untuk tindakan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi di sini pada Ahad.

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan seorang guru dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika sedang memukat ikan di kawasan muara sungai Kuala Baru dekat Kampung Mangkuk di sini pada Jumaat malam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, Sugani dikatakan telah menaiki bot dari Kampung Fikri ke lokasi tersebut bersama 14 rakannya yang lain.

 



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Najib Minta DAP Jangan Politikkan Tragedi Basikal Lajak

Beli Nasi Briyani Daging RM12, Sekali Dapat Daging Meatball 3 Biji



Abang Johan Pelakon ‘Mat Saleh’ Menangis Sebab Ramai…

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker