Semua monopoli dikaji semula – Anwar

Semua monopoli dikaji semula – Anwar

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim berkata kerajaan sedang mengkaji semula semua monopoli yang wujud ketika ini sebagai langkah menyediakan perkhidmatan lebih baik dan adil kepada rakyat pada kos berpatutan.

Beliau berkata, semua kementerian diarahkan mengkaji kewajaran pelaksanaannya untuk penilaian adil terhadap isu itu.



“Prinsip pembangunan ekonomi yang telus memerlukan kami membuat beberapa pelarasan dan peralihan daripada apa yang saya fikirkan sebagai kehuru-haraan, lapuk dan untuk menangani kepentingan tertentu dalam konteks monopoli,” katanya di akhir lawatan rasmi tiga harinya ke Arab Saudi.

Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan akan menghuraikan lebih banyak monopoli susulan keputusan kerajaan tidak melanjutkan konsesi perkhidmatan pemeriksaan kenderaan oleh Puspakom Sdn Bhd (Puspakom).

Anwar berkata, kerajaan akan terus membantu syarikat Bumiputera, bagaimanapun ia mesti dilakukan secara telus untuk membenarkan persaingan adil antara syarikat.

“Jika kita mengambil berat untuk mempertahankan kepentingan Bumiputera, maka laksanakannya dengan jelas, dengan telus dan biarkan Bumiputera yang berkenaan bersaing.



“Kerajaan ini tidak semestinya akan memungkiri komitmen kami untuk membantu syarikat Bumiputera, tetapi ia harus dilaksanakan dengan telus dan membenarkan persaingan adil dalam kalangan syarikat Bumiputera.”

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dilaporkan berkata, Kabinet membuat keputusan membenarkan semua pihak yang layak memberikan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan selepas konsesi Puspakom berakhir 31 Ogos 2024.

Katanya, keputusan itu dibuat pada 17 Mac lalu untuk mempromosikan industri perkhidmatan berdaya saying. FMT

Semua monopoli dikaji semula – Anwar



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Saya Bukan Punca Diana Fail Cerai Terhadap Farid – Ahirine



Jangan Biarkan Mereka Menjatuhkan Maruah Jawi – Puteri Sarah

Kalau bayar fidyah tak perlu ganti puasa ke?



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker