Polis berpangkat ASP didakwa lepaskan suspek Macau Scam

Polis berpangkat ASP didakwa lepaskan suspek Macau Scam

GEORGETOWN: Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP), yang ditahan Februari tahun lalu kerana dituduh melepaskan suspek Macau Scam, didakwa di Mahkamah Majistret, hari ini.

Mohamad Azrim Abu Bakar, 41, mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan sejurus kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Melati Diana Abd Wahab.



Beliau yang ketika itu bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), ibu pejabat polis Daerah Timur Laut sebagai pegawai kanan penyiasat, didakwa mengingkari lunas undang-undang apabila gagal menyerahkan 11 warga asing kepada Jabatan Imigresen.

Tindakan itu menyebabkan 11 warga asing yang ditahan di JSJK ibu pejabat polis Daerah Timur Laut, antara jam 2 hingga 3 petang, 9 Februari tahun lalu, ‘terselamat’ daripada dihantar pulang ke negara asal.

Pertuduhan dikenakan mengikut Seksyen 217 Kanun Keseksaan yang bakal membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Pegawai kanan polis itu sehingga kini digantung tugas. Timbalan Pendakwa Raya, Nazri Abdul Rahim, meminta mahkamah untuk menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 sementara menunggu proses mengemukakan dokumen berkaitan.



Azrim yang diwakili peguam, M.M. Athimulan, M. Mahendran dan T. Tamil Selvam, memaklumkan mahkamah bahawa beliau sudah bertugas dalam pasukan sejak 15 tahun lalu.

“Saya serahkan kepada mahkamah untuk tetapkan jaminan,” kata Athimulan.

Nur Melati Diana, kemudian memerintahkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 18 Mei depan bagi sebutan kes, sementara menanti proses mengemukakan dokumen berkaitan.

Pada sesi prosiding mahkamah yang sama, pemandu sambilan, S Muniandy, 62, turut didakwa kerana bersekongkol dengan Azrim, dengan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan.



Nazri juga meminta mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000. Muniandy, yang diwakili peguam Hari Prassaad Rao, merayu supaya mahkamah menetapkan kadar jaminan yang lebih rendah.

Beliau berkata, hal itu kerana anak guamnya perlu menyara kehidupan enam tanggungan, iaitu isteri dan lima anaknya.

“Anak guam saya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan diisytiharkan muflis oleh Mahkamah Tinggi di sini pada 2007.

“Dia juga tidak memberi sebarang risiko untuk melarikan diri disebabkan berstatus muflis,” katanya.



Hari Prassaad berkata anak guamnya yang ditahan Februari tahun lalu bagi membantu siasatan sehingga kini memberikan kerjasama penuh kepada polis.

“Apabila semalam dia dimaklumkan bakal didakwa, dia hadir dan menunggu di luar mahkamah tetapi tiada apa yang berlaku.

“Dia hadir semula hari ini di mahkamah untuk mendengar pertuduhan. Ini menunjukkan bahawa anak guam saya tidak bersalah,” katanya ketika mengemukakan rayuan untuk mengurangkan bayaran jaminan.

Nur Melati Diana kemudian memerintahkan jaminan sebanyak RM5,000 dan menetapkan 18 Mei untuk sebutan kes.



Pada 15 Mac lalu, media melaporkan polis menahan tiga orang awam dan seorang pegawai Jabatan Imigresen untuk membantu siasatan, membabitkan empat anggota polis dari JSJK ibu pejabat polis Daerah Timur Laut, yang diberkas Februari tahun lalu, kerana dipercayai melepaskan suspek Macau Scam. BH

Polis berpangkat ASP didakwa lepaskan suspek Macau Scam


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung

Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker