Wanita hamil, tiga anak redah api selamatkan diri

Wanita hamil, tiga anak redah api selamatkan diri

SETIU: Seorang wanita hamil empat bulan bersama tiga anak meredah api menyelamatkan diri dalam kebakaran rumah di Kampung Alor Serdang, di sini petang tadi.

Nur Hasya Afiqah Azli, 25, berkata, ketika kejadian dia bersama anak-anaknya sedang berehat dalam rumah kira-kira jam 5.40 petang sementara menanti waktu berbuka puasa.



“Petang tadi saya kurang sihat kerana alahan mengandung, nasib baik anak sulung berumur lapan tahun perasan ada asap dan api di bahagian pintu depan rumah.

“Anak kedua saya berusia lima tahun menarik tangan adik perempuannya berumur dua tahun yang sedang tidur untuk keluar dari rumah,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Dia berkata, mereka berlari keluar sehelai sepinggang menyelamatkan diri sebelum api merebak ke bahagian keseluruhan rumah dalam masa beberapa minit.

“Nasib baik kereta dan sebuah lagi motosikal berjaya dipindahkan ke tempat lain, manakala barangan keperluan termasuk pakaian raya untuk anak perempuan turut hangus terbakar.



“Kami menyewa rumah itu sejak tahun lalu,” katanya.

Hasya berkata, suaminya Mohd Badrul Amin Mohd Ramli, 26, tiada di rumah kerana ke Singapura sejak kelmarin untuk membeli perabot terpakai dan dijangka pulang esok.

“Buat masa sekarang kami anak beranak tinggal sementara di rumah saudara di kawasan ini,” katanya.

Ketua BBP Setiu, Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Razli Rapiae berkata, pihaknya menerima panggilan jam 5.45 petang.



Seramai 16 anggota dari Bomba Setiu dengan dibantu Bomba Jertih berjaya mengawal api daripada merebak. BH

Wanita hamil, tiga anak redah api selamatkan diri


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Dipaksa Makan Najis? 10 Fakta Baru Kes Penderaan Bella

Daphne Iking rasa janggal tanpa tudung



Wanita Malaysia tumbuh ‘tanduk’ pada payudara

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker